Boleh Keracunan Makanan Kalau Biar Lama Dalam Sinki, Dr Dedah Cara Betul ‘Defrost’ Ayam

Setiap orang pasti memiliki cara tersendiri untuk menyiang ayam, sotong, udang mahupun ikan bukan? tidak kiralah bagaimana sekalipun cara kita menyiang yang penting kita perlu memastikan kebersihan terjaga agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Iospital phone repair gombak
Kebiasaannya, kita pasti akan mengeluarkan lauk yang masih keras dari peti ais dan biarkan dalam singki bagi tujuan melembutkan ayam, daging atau ikan terlebih dahulu supaya mudah bila nak masak nanti.

Namun baru-baru ini seorang doktor tampil memaklumkan cara tersebut salah dan ia boleh menyebabkan keracunan makanan jika perut kita tidak tahan

Menerusi perkongsian daripada @drmalarss, kelihatan dia memberitahu bahawa cara yang selama ini digunakan untuk melembutkan lauk dari peti ais sebenarnya bahaya untuk kesihatan kita.

“Daging atau ayam yang lembut dan banyak air masuk, bila dia berada di luar dalam suhu bilik terutamanya lebih dari empat jam boleh menyebabkan keracunan makanan”


“Ayam yang lembut tu menjadi rumah atau pun pesta untuk kuman bakteria membiak dan beranak-pinak dekat situ,” katanya.

Antara kuman yang biasa melekat pada lauk itu adalah salmonella, E. coli dan banyak lagi. Sebab itu kadangkala anak kecil senang terkena cirit-birit walaupun tidak makan di kedai luar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai kenyataan tersebut malah ada juga yang berterima kasih kerana berkongsi ilmu yang ramai orang tidak tahu.

“Isteri saya biasa keluarkan ayam dari peti ais sebelum tidur. Pagi esoknya terus sarapan kat kedai, balik rumah simpan balik ayam tu” – Netizen

Antara komen wargamaya:

“Sebelum masak, rendam ayam 5 minit dengan garam kasar guys.. then basuh ayam tadi.. ni cara saya nyah kuman..”

“Cikgu pengendali makanan hadir.. yes betul doktor”


“Cam ni lah mak saya masak.. dah umur 25 tahun dah, tak tahu macam mana perut boleh tahan”

“Tq doc.. good sharing kadang terlepas pandang.. so jom ubah..”


Video yang tular di laman TikTok:

@drmalarss Kepada #teamMakMak di luar sana, please defrost ayam cara betul. Dah banyak sangat kes keracunan makanan lately ni 😩😩#celotehdrmalar #fypシ #fyp #defrost #defrosttiktok ♬ original sound – Celoteh Dr Malar