Gigih Jaja Makanan Di KLIA Demi Biayai Kos Rawatan Kanser, Kisah Makcik Ini Raih Perhatian Ramai

Setiap insan memiliki jalan cerita masing-masing malah ujian hidup juga berbeza-beza, Ada yang senang, adayang susah, ada yang berpangkat dan ada yang tidak. Pun begitu, Allah tidak akan membebani seseorang dengan ujian yang tidak mampu untuk dirinya pikul.
Iospital phone repair gombak
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter @izx2471 telah berkongsi sebuah hantaran memaparkan situasi dia didatangi seorang mak cik yang menjual makanan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan dia telah membeli 2 bekas nasi ayam merah.

Pada awalnya dia tidak mahu membeli tetapi apabila berasa kasihan maka dia pun membeli makanan daripada mak cik tersebut. Apabila ditanya mengapa berniaga, mak cik tersebut menjawab dia mencari wang untuk kos perubatan kansernya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut ebrrasa kasihan melihat makcik tersebut malah ramai yang akui ingin turut membantu dia bagi meringankan beban.

Pun begitu, timbul pula satu persoalan dimana orang ramai hairan mengapa mak cik tersebut yang menjaja di kawasan KLIA sedangkan dia boleh memohon inisiatif untuk meringankan beban.

Tidak terhenti disitu, ada juga netizen yang tampil mendedahkan dirinya pernah berdepan dengan pengalaman buruk bersama mak cik tersebut apabila mak cik itu menjeling dan memberikan kata-kata kesat apabila tidak membeli malah ada yang mendakwa makanan yang dibeli darinya telahpun basi.

“Sekarang mungkin tak nampak la dia menyumpah seranah sebab dia pakai mask. Kalau zaman 2018/19 before covid tu, mmg dia camtu la. Last week dia ada datang, tapi weols dah tapau luar, so kita decline lah elok elok tapi makcik cik pusing, jeling kitorang macam biji mata nak keluar”- Netizen

Antara komen wargamaya:

Perkongsian yang tular di Twitter: