“Kita Berbaik Sangka..” Wanita Selamba Cabut Palang Parking Buat Netizen Hairan

Pernah dengar tak ayat ‘perempuan kalau marah, periuk belanga pun boleh terbang’ ? Manakan tidak, perempuan memang suka buat sesuatu di luar kawalan jika hilang kesabarannya.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dilihat mengalihkan palang parking di sebuah bangunan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @luqmiqahqizah, dapat kita lihat wanita tersebut ingin melalui palang tersebut namun entah mengapa dia bertindak untuk merosakkan palang itu.

Dapat kita lihat, dia sedaya upaya mengalihkan palang itu sekaligus menimbulkan tanda tanya bagaimanakah dia boleh berkelakuan seperti itu kerana seolah-olah memiliki kekuatan yang luar biasa.

Bila sudah berjaya ‘mengalihkan’ palang tersebut, kelihatan wanita berkenaan mengambil gambar membuatkan lagi sekali seakan ada sebab mengapa individu ini bertindak demikian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan apakah punca yang mendorong wanita ini melakukan perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, netizen juga memilih untuk berbaik sangka sehingga ada yang menganggap palang tersebut rosak dan terpaksa dipatahkan.

Berikut antara komen warga maya:

“Macam mana cita pastu.. Kena panggil pak polisi tak”

“Sebelum kita tau cerita sebenar tak salah kalau kita berbaik sangka”


“Siap ambil gambar aku rasa dia kerja dekat situ… Mungkin dia touch card palang tak nak buka. Mungkin juga dah banyak kali kena”

“Rasa pagarnya rosak. Terpaksa dipatahkan. Tiada yang menolong masa tu…Then ambil bukti gambar”

Video yang tular di laman TikTok:

@lumiqahqizah #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypp #fyppppppppppppppppppppppp #fypdong #fypgakni#fypsound ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

@lumiqahqizah mmg real akak ni #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypp #fyppppppppppppppppppppppp #fypdong #fypgakni #fypsounds ♬ original sound – Lumiqah Qizah