”Berbaloi Ke Curang?” Soalan ‘Panas’ Paknil Buat Shuk Sahar Terkedu, Akui Kini Rasa Kosong & Hilang Segalanya

Jika sebut nama pelawak terkenal iaitu Shuk Sahar, tidak perlu diceritakan lagi apakah kontroversi yang sering menjadi sebutan bahkan kisah rumah tangganya dengan seorang usahawan Rossalenna Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Serra.

Seperti yang kita tahu, kemelut rumah tangga mereka sehingga kini belum menemui titik noktah.

Terbaru, Shuk dijemput untuk berkongsi perkembangannya yang terkini dalam program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.


Dalam program tersebut dia mengakui kini sudah tidak tinggal sebumbung dengan Serra dan masih belum ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

Shuk juga mendedahkan kini Serra sudah enggan mempertahankan hubungan rumah tangganya kerana sudah berkali-kali ditipu dan dicurangi bahkan Serra pernah untuk pertahankan namun tiada perubahan yang dilihat pada Shuk.

Menganggap apa yang terjadi adalah tidak berbaloi, kata Shuk dia kini kehilangan isteri, anak-anak dan juga rakan-rakan yang mula menjauh akibat perbuatannya itu.

Bahkan kini, Shuk juga telah menjual rumah mewahnya di Denai Alam dan memulakan kehidupan baru di Pulau Pinang gara-gara kurang mendapat tawaran dalam industri berikutan kontroversi yang menimpanya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Shuk sehingga ianya menjejaskan kariernya, menjadikan hubungan dengan rakan dan keluarga semakin renggang, dibenci masyarakat bahkan menutup pintu rezeki buatnya.

Tidak cukup dengan itu, netizen berharap agar isu yang terpalit pada Shuk Sahar dapat diselesaikan dengan baik bahkan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Antara komen warga maya:

“ni turning point untuk syuk”


“aku kalau bab anak anak memang tak boleh.. Shuk kenapa tak fikir panjang nak buat sesuatu benda”

“Dasyat Shuk kena.. sampai kena banned”

Video yang tular di laman TikTok:

@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound – imran imlap

@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound – imran imlap

@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound – imran imlap