“Kembang tekak tengoknya..” Baru 2 Kali Teguk Dah Buang, Petugas Medik Dicabar Rasa Air Gula Ibu Hamil

Seperti yang kita sedia maklum, ibu hamil mudah dijangkiti dengan pelbagai penyakit misalnya masalah kencing manis khususnya yang berisiko.

Iospital phone repair gombak

Oleh hal demikian, ibu hamil perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminum air gula untuk pemeriksaan paras diabetes.

Kebiasaannya prosedur ini dilakukan ketika kandungan ibu hamil sudah masuk enam atau tujuh bulan.

Ekoran itu, satu perkongsian telah dibuat oleh seorang pegawai perubatan (MA) di laman TikToknya sehingga mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @the.dressar itu, MA itu telah dicabar untuk ‘review’ air gula yang sering diminum oleh para ibu yang hamil itu dan kelihatannya MA itu berasa amat yakin tanpa sebarang rasa ragu-ragu.

Dia mula ambil sepeket gula berperisa buah oren itu dan membancuhnya dengan menggunakan air panas, kemudian barulah dituangkan air sejuk.

Dapat dilihat baru sekali teguk sahaja, dia terus memberikan reaksi dengan muka berkerut dan berasa loya membuatkan dia sukar untuk menghabiskan air tersebut.

Setelah tegukan kedua, dia terus bertindak membuang sahaja larutan air gula itu ke dalam sinki.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah mencecah sebanyak 371.8K tontonan, 16.2K tanda suka, dan 3981 komen di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen terhibur dengan telatah MA ini yang pada awalnya kelihatan yakin sahaja menelan air gula tersebut.

Malah, ada juga individu yang berkongsikan pengalamannya ketika mengambil air gula ini ketika mereka sedang hamil.

Antara komen netizen:

“salah ni… patut puasa mlm, minum pagi2 tu time perut kosong… haa baru tau rasa loya dia pastu kne tahan 2 jam🤣🤣”

“Aku dua kali minum air gula ni sbb muntah last doc suruh makan nasi lemak air yg manis😂”


“bygkan kami kena mnum ni haaa.. lps tu kena tahan muntah / xboleh mnum air 😂😂😂 kembang tekak weii.. tahan jaaa”

Video TikTok yang tular:

@the.dressar Replying to @Nurul Ain Zulkarnaen hahahahahahahaha okey geng! Benarlah kata ibu ibu mengandung itu bahawa air gula itu memang manis 🤣🤣🤣🤣 #penolongpegawaiperubatan #airgulaibumengandung #dressarbagitahu #dressarnasihat ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly