“Tak tertanggung rindu dalam hati” Masuk Hari ke-303, Ayah Ini Mencari Anaknya Hilang

Luahan seorang bapa mengenai kehilangan anaknya yang sudah masuk bulan ke lapan menyentuh hati orang ramai.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Mohd Fauzi masih tidak berputus asa untuk mencari anaknya, Zahiruddin Putra Mohd Fauzi yang dilaporkan hilang sejak bulan April lepas.

Jika dihitung hari, pasti ramai yang sudah berputus asa untuk mencari tetapi tidak bagi Fauzi.

Biarpun sudah masuk hari ke-303, ayah ini masih mencari anaknya hilang dan dia tidak putus asa untuk terus berusaha mencari jalan.

Menghitung hari … 10 bulan , 303 hari. tidak tahu bagaimana ingin menceritakan lg.

Dugaan demi dugaan….hanya allah sahaja maha mengetahui. . . .

Ya Allah , aku berserah kepadamu…
Ya Allah, Kembalikan anakku muhammad zahiruddin putra.

Sebelum ini, Fauzi juga ada membuat luahan hati ketika masuk hari ke 245 anaknya hilang.

Hari ke 245 besamaan 8 bulan 3hari.

“Assalamualaikum.wbt… Kehilangan anak saya masih belum di jumpai hingga kini.”

“Cobaan demi cobaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam fitnnah dilontarkan…”

“Kami redha ketentuan illahi. Di dalam hati tidak pernah berputus asa mencari zahir. kami sekeluarga memohon kepada rakan² berdoa bersama , supaya pencarian anak kami, zahir, di temui.”

Sudah tidak tertanggung kerinduan di dalam hati pada Zahir…

“Ya Allah , kau lah maha mengetahui segalanya, aku berserah kepada mu ya allah… temukanlah anak ku zahir.”

Sedih dengan luahan si ayah ini. Mari kita sama-sama bantu dengan mengongsi hantaran ini sebanyak mungkin.

Siapa tahu dengan izin Allah, usaha kecil ini dapat menemukan mereka semula.

Sebelum ini, Muhammad Zahiruddin telah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah flat di Bandar Seri Putra, Bangi untuk bermain bersama rakannya di kawasan berdekatan rumah.


Menurut Mohd Fauzi, pada 15 April lalu sebenarnya anak kelima daripada enam orang adik beradik itu bukan meninggalkan rumah seperti yang dilaporkan sesetengah media.

Tetapi, anaknya itu hilang ketika bermain di kawasan berdekatan rumah hampir ke waktu Maghrib.

Malah Fauzi sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu namun sehingga kini masih tiada jawapan.

“Saya dah pun buat laporan polis mengenai kehilangannya, namun pihak berkuasa juga masih buntu,”

Justeru beliau memohon jasa baik semua orang untuk berkongsi informasi berkenaan hal ini agar peluang untuk bertemu semula anaknya bertambah cerah, InsyaAllah.