Kelibat Sosok Putih Bertenggek Atas 4×4 Buat Ramai Meremang

Walaupun sudah genap tahun 2022, kita masih tidak terlepas daripada dihujani dengan kisah-kisah mistik di sekeliling kita.

Mungkin kita sendiri pernah mengalami pengalaman seram di sekeliling kita. Nak nak lagi bila drive sorang-sorang waktu malam. Memang meremang dibuatnya.

Baru-baru ini pengacara dan pelawak terkenal, Ajak Shiro telah berkongsi sebuah video seram di dua platform media sosialnya iaitu Instagram dan TikTok dimana dia ternampak kelibat putih sedang bertenggek di atas kereta 4×4.

“Tengok sampai habis. Gurau halus pula malam-malam ini. Apa tu?” tulis Ajak di ruangan kapsyen.

Pelbagai jenis reaksi diberikan oleh netizen serta rakan-rakan sekerja Ajak setelah melihat video yang dimuat naik pelawak itu.

Menerusi video seram itu, sosok putih tersebut kelihatan utuh tegak ‘berdiri’ di atas pacuan empat roda 4×4 itu. Kedudukannya juga langsung tidak berganjak. Selain itu, saiznya juga agak besar dan meninggi, membuatkan netizen yang melihat video tersebut sedikit sebanyak menjadi paranoid.

Ada juga segelintir pengguna media sosial percaya sosok tersebut adalah makhluk halus yang sengaja menjadi ‘penumpang’ tanpa diundang kerana mendakwa mereka juga pernah mengalami situasi yang sama.

Namun ada juga di antara netizen yang masih husnuzon dan positifkan diri dengan menganggap sosok tersebut cumalah barang seperti tangga dan peti ais yang dibalut dengan kain atau plastik putih.

Mungkin pemandu kereta itu dalam perjalanan menghantar barangan tersebut. Tambahan pula kereta yang ‘ditenggek’ itu jenis 4×4, jadi wajarlah jika diletakkan barang yang besar.

“Knpa aku tgok mcm tangga.. tu kn keta 4×4 tuu .. 😅 ke slh tgok” komen seorang pengguna TikTok.

Pun begitu, masih tiada khabar sahih yang mengesahkan sama ada sosok tersebut hanyalah barang mahupun entiti makhluk halus seperti yang didakwa segelintir netizen.

Video yang dikongsi Ajak di Instagram mencuri perhatian ramai sehingga mencecah jumlah tontonan sebanyak 269,892 kali dan 16.9 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Berikut antara komen-komen netizen di Instagram dan TikTok

“Cer kedepan jak…ishhh seram aihh”

“betoi kaa ?? aku nampak macam something di balut dengan kain putih orr plastik putih . kalau salah maaf . sebab kalau benda makluk halus dia samar²”