“Gempak ah buat content macam ni?” Lelaki Bangga Beri Monyet Dadah Sampai ‘Lalok’ Undang Kecaman Netizen

Tidak kira lah agama apa sekalipun, tetapi semua menegaskan untuk berbuat baik bukan sahaja sesama manusia malahan haiwan juga.

Namun pada masa kini, ianya seolah-olah tidak dipraktikkan apabila ada yang tidak berhati perut menganiaya haiwan. Sering kali kita lihat di media sosial kucing ditendang, dipijak. Anjing dipukul dan sebagainya.

Terkadang hairan, manakah sifat keperimanusiaan seorang insan terhadap binatang yang tidak berdosa?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki tidak bertanggungjawab telah membuat satu perkara yang tak termasuk dek akal kepada seekor monyet mengundang amarah netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @pedoqpop, memeparkn seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab memberikan dadah kepada seekor monyet.

Dapat juga kita lihat lelaki tersebt menunjukkan dadah yang diberikan kepada monyet tersebut sehinggakan monyet itu berada dalam keadaan ‘lalok’ dan tidak betul.

Kesan daripada dadah itu, monyet tersebut berjalan dalam keadaan terhuyung hayang dan sesekali jatuh kerana terlalu pening.

Menurut pelapor video itu lagi, dadah yang diberikan kepada monyet berkenaan juga jenis yang merbahaya kerana jika digunakan oleh manusia, ia boleh mendatangkan sakit kepala yang luar biasa.

Video yang tular di laman Twitter:

Sehingga kini, video kejam yang berdurasi 14 saat itu telah pun meraih 27.1K tontonan di laman Twitter dan mendapat kecaman yang cukup hebat daripada para netizen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang melihat sikap pelaku itu yang seolah-olah tidak dikurniakan akal dan fikiran kerana melakukan perkara itu.

Berikut merupakan komen dan pandangan warga maya: