Geng ‘Superbike’ Kemalangan Di Lebuhraya Karak, Aliran Trafik Perlahan Lebih 8 KM

Bagi mereka yang berada di ‘alam’ permotoran sememangnya gemar untuk melakukan aktiviti berkonvoi dan ride secara berkumpulan ke satu tempat tumpuan ramai.
Iospital phone repair gombak
Tidak kiralah daripada jenis motor ‘kapcai’ sehinggalah motor berkuasa tinggi (superbike), pastinya akan ada group sendiri untuk melakukan konvoi.

Pun begitu, kita sering diingatkan agar perlu ‘extra’ berhati-hati apatah lagi ketika berada di atas jalan raya.

Seperti kisah yang tular kini dimana beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan menyebabkan aliran trafik di lorong laju Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah ibu negara perlahan lebih lapan kilometer.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, memaklumkan laporan awal yang diterima pihaknya mengatakan kemalangan berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Memetik laporan Berita Harian, lorong kini masih ditutup setakat jam 2:30 petang tadi.

“Setakat jam 2.30 petang tadi, lorong laju masih ditutup. Trafik kini agak perlahan sepanjang 8.5 kilometer dari KM35 (Genting Sempah-Gombak hingga ke lokasi kemalangan.”

“Justeru kita minta semua pengguna lebuh raya supaya bersabar dan berhati-hati ketika memandu selain mematuhi arahan petugas di tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa namun kelima-lima penunggang motosikal terbabit dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Menerusi video dari salah sebuah kamera dashcam kenderaan yang berada di belakang, dapat kita lihat beberapa buah motor superbike memecut memotong kenderaan lain di kawasan selekoh.

Pada penghujung video tersebut, kelihatan mereka telahpun terbabas dimana motor rosak teruk dan ada juga mangsa yang terbaring di atas jalan raya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seriau melihat cara pemanduan beberapa orang penunggang motorsikal tersebut sekaligus mendoakan agar tidak berlaku sesuatu yang lebih serius seperti kehilangan nyawa.

“Aku pun naik superbike, dulu selalu join macam2 group.. sebab sikap riding diorang la aku stop.. ada sesetengah geng2 ni tak boleh kena tegur, kita semua tau diorang laju, cilok sipi2 nak langgar kereta, tapi bila bagi nasihat.. kita pula kena perli”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berpesan agar membawa motor dengan berhemah di atas jalan raya agar tidak berlakunya sebarang perkara yang tidak dingini.

Antara komen warga maya:

“Doa yang baik2 sudahlah..”


“Tunggang dengan cermat.. harap rider tu baik2 la..”

“Macam main judi.. mungkin boleh menang seribu kali.. tapi hanya perlu kalah sekali.. cuma yang ini memperjudikan nyawa..”

Perkongsian yang tular: