Kelam Kabut Masak Gara-Gara Katering Tak Hantar Makanan, Pengantin Buat Report Polis

Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.

Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, baju yang cantik dan juga makeup yang on point.

Malah, sudah pasti pasangan mempelai sangat menitik beratkan bab ‘catering’ atau makanan untuk para tetamu kerana kebahagiaan tetamu merupakan ‘priority’ buat pengantin.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dan keluarganya berdepan dengan situasi panik apabila mereka terpaksa bergotong-royong menyediakan hidangan kenduri gara-gara pihak katering tidak menghantar makanan pada hari yang ditetapkan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ajanreduan01, difahamkan tragedi hitam tersebut berlaku pada sepupunya dan laporan polis telah pun dibuat dek kerana perlu menanggung kerugian yang besar.

“Pergi rumah sepupu kahwin, katering tak hantar makanan dan semua keluarga bertungkus-lumus masak sendiri apa yang patut. Kesian. Laporan polis dah dibuat, semoga tabah.”

Menjelaskan isu tersebut, pengantin yang dikenali sebagai Zahirah memaklumkan bahawa dia mengetahui perkara tersebut pada pukul 7 pagi dan dikatakan pihak wedding planner tidak membayar duit kepada pihak katering sehingga menyebabkan makanan tidak sampai.

Oleh yang demikian, dia terpaksa mengeluarkan duit yang lebih untuk menempah makanan pada saat akhir sebelum majlis berlangsung.

“Disaat hari majlis saya. Katering tak datang. Kerugian banyak dah. Keluar lagi duit sendiri untuk order makanan last minute. Kalau tidak kesian tetamu yang datang tak ada makanan. Terima kasih makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu sepapat yang tolong masak last minute jugak.” Ujarnya

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya satu cara penipuan yang baharu bahkan ramai yang berpesan agar tidak membuat bayaran penuh sebelum makanan sampai bagai mengelakkan kerugian yang besar jika ditipu.

Dalam masa yang sama, netizen juga akui simpati dengan nasib yang melanda mempelai sehingga terpaksa berhempas pulas menyediakan makanan yang baharu.

Antara komen warga maya:

“kadang2 mereka sub kan dengan orang lain.. nak untung atas angin je..”

“mujur ada family & jiran2 tolong masak.. tergamaknya katerer tu..”


“selalunya caterer yang ambil job satu haru banyak tempat ni..”

Video yang tular di laman TikTok:

@ajanreduan01 Semoga dipermudahkan majlis 😢#fyp #fypmalaysia🇲🇾 #masukberanda #qiszan #weddingplanner #sabar ♬ original sound – Fadhli – TuanFadhli

@marchgirl11Disaat hari majlis saya , katering tak datang. Dapat tawu pagi majlis dalam pukul 7pagi. Kerugian banyak dah , keluar lagi duit sendiri untuk oder makan last minit, kalau tidak kesian tetamu yg datang takde makanan🥺 Terimakasih makcik² pakcik² sepupu sepapat yg tolong masak last minit jugak 🙃🥰

♬ bunyi asal – Rizkalovers by Zahirah