Jemaah Umrah Meninggal Di Pintu Masuk Ketika Tiba Di Tanah Air, Anak Luah Rasa Rindu Buat Ramai Sebak

Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima yang menjadi impian setiap insan yang beragama Islam malah ianya menjadi penyempurna ibadah.

Kalau tak mampu menunaikan haji, sekurang-kurangnya dapat sekali melaksanakan ibadah umrah sudah memadai.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang jemaah umrah meninggal dunia di pintu masuk pesawat setelah pulang mengerjakan umrah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kikiey_mal yang juga merupakan anak kepada jemaah tersebut akui rindu akan ibunya.

Dapat kita lihat, ayahnya yang terduduk melihat pemergian isteri tercinta di depan mata bahkan dia juga mengatakan bahawa tiada siapa yang dapat menggantikan ‘bidadari syurga’nya dan kehilangan ibunya seumpama hilang separuh nyawa nya.

“Kenangan terakhir sebelum mak mengerjakan umrah bersama abah.. adik redha dengan pemergian mak, cuma rindu pada mak tak terkata”

“Adik nak buat surprise bila mak balik tanah air, tapi mak yang buat surprise kat adik.. adik rindu suara mak, adik rindu bau mak, adik rindu masakan mak, adik rindu nasihat dari mak..”

“Mak meninggal di KLIA selepas balik dari mengerjakan umrah.. mak bidadari syurga adik.. adik sayang mak.. rindu dekat mak.. tiada orang boleh ganti tempat mak.. hilang seorang ibu ibarat hilang separuh nyawa adik mak..”

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen sebak melihat perkara tersebut dan menyifatkan ibunya ‘pergi’ dalam keadaan husnul khatimah.

Bukan itu sahaja, netizen juga menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Antara komen warga maya:

“kematian yang sangat dicemburui.. semua boleh hilang tapi jangan mak”

“mengalir air mata tengok ni..”


Video yang tular di laman TikTok:

@kikiey_mal mengalir air mata edit video utk mak🥲. #fypシ #berandatiktok ♬ original sound – Charli Queen 👑