“Kejap lagi mesti cirit” Monyet Selamba Makan Maggie Pedas Giler, Ramai Doakan Perut Dia Selamat

Monyet sememangnya dikenali dengan sifat nakal yang seringkali buat hal. Bukan setakat merampas makanan orang, malah macam-macam hal lagi yang dilakukan monyet sehingga viral seperti merasmikan kolam renang di rumah, curi parcel yang dihantar oleh kurier dan sebagainya.
Iospital phone repair gombak
Bagaimana pun, ada juga monyet liar yang bukan sekadar nakal namun menyerang manusia. Sebab itulah ibu bapa perlu mengawasi anak kecil jika didekati haiwan tersebut agar tiada perkara buruk yang berlaku.

Seperti kisah yang tular baru ini dimana gelagat monyet makan sebekas Maggi Pedas Giler perisa ayam bakar dengan penuh berselera sambil duduk di atas paip air mencuri perhatian ramai.

Tidak dapat dikenal pasti, mungkin monyet tersebut merampas atau diberi maggi tersebut daripada seseorang. Jelas kelihatan monyet tersebut seakan sedang lapar sehingga boleh makan maggie tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan bagaimana monyet tersbeut boleh selamba makan maggie tersebut kerana rramai diantara kita tahu bahawa ianya mempunyai tahap kepedasan yang tinggi.

“Selamba je dia makan, tak macam kita sekali kena lidah terus meloncat,” Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan risau jika monyet tersebut akan mengalamai cirit birit malah ada juga yang akui mereka juga tidak boleh makan maggie tersebit kerana tidak tahan pedas.

Antara komen wargamaya:

“Beli ghost pepperbang auto tak rembat dah maggie abang”

“Jangan lupa bagi minum susu.. biar hilang pedas..”


“Kompom pasni ketagih..”

“Rilek je diamakan macam tu tak ada perasaan pon”

“Bayangkan en boleh tu lupa basuh tangan pastu dia kesat kat mata hahahahaha”

“Tak tau nak kesian ke nak gelak.. dah la pedas tu..”

“Aku pun tak tahan pedas, dia boleh tahan siak hahaha”

“Tak pedas pulak tu.. aku menggelupur makan maggi ni..”

Video yang tular di laman TikTok:

@zizry_sape punya member ni kutip jap

♬ Saria’s Theme (From “The Legend of Zelda: Ocarina of Time”) – The Versions