“Tiada jalan keluar untuk kau dek” Yusuf Belajar Mancing Siap Bawa Naik Ikan Besar Raih Perhatian Ramai

Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan. Selain menjadi kepuasaan kepada para pemancing setelah mendapat hasil tangkapan, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi tidak kiralah di sungai mahupun di lautan.
Iospital phone repair gombak

Ada yang menjadikan aktiviti memancing ini salah satu daripada hobi mereka untuk menghilangkan bosan tatkala waktu lapang dan ada juga yang memancing untuk mencari rezeki.

Seperti kisah ynag tular baru-baru ini dimana anak sulung kepada Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusuf menyatakan hasratnya ingin memancing mencuri perhatian ramai.

Menerusi sbeuah video yang dimuat naik oleh @hairul_azreen88 di laman TikToknya, Kelihatan Yusuf sedang duduk sambil mendengar arahan daripada pelawak terkenal iaitu Achey yang turut ada di situ.

Namun sedang asyik dia mendengar apa yang dikatakan oleh Achey, tiba-tiba joran yang dipegang tersentap menandakan ada ikan yang telah termakan umpan.

Dapat juga kita lihat Yusuf sedaya upaya menarik ikan naik ke darat sambil dibantu dengan arahan yang diberikan oleh ayahnya. Siapa sangka setelah 9 minit bergelut, Yusuf dapat membawa naik seekor ikan yang agak besar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan semangat dan bakat yang ada dalam diri Yusuf bahkan sempat berseloroh mengatakan dunia memancing sememangnya tiada jalan keluar.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan Hairul kini sudah ada ‘geng’ untuk pergi memancing memandangkan anaknya itu sedang berjinak-jinak mengenali aktiviti memancing.

Antara komen wargamaya:

“Besar mat, dia pun tak larat dah tu nasib kuat”

“Tiada jalan keluar untuk kau dik”


“Kecik2 dah diracun nya takut taknak balik je tu”

“Ayah dia ada lesen dah lepas ni.. nak mancing je ajak Yusuf..”

“Bapak besar ikan diaa.. kat betul Yusuf layan kail sorang”

“Senang papa nak keluar mancing ada lesen dah nanti”

“Uih lesen besar ni anak tiba2 ajak mancing maknya tak boleh kata apa la bapaknya kena follow”

Video yang tular di laman TikTok:

@hairul_azreen88 Thank you @acheykintangkintung ♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music