“Kecik2 pandai melawan eh” Oyen Junior Lagak Gangster ‘Insaf’ Setelah ‘Diajar’ Kucing Dewasa Buat Netizen Terhibur

Ada sejenis kucing yang menjadi favourite orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan gelagat seekor anak Oyen bersama kucing dewasa mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @bejim_, \kelihatan anak Oyen ini cukup garang bila berdepan dengan kucing dewasa.

Dia juga kelihatan ingin memukul kucing yang lebih dewasa namun niatnya itu ‘terbatal’ setelah ‘diajar’ oleh kucing dewasa.

Berikut merupakan video yang tular:

@bejim_ Oyen gangster ????? #catsoftiktok #fyp #oyen ♬ オリジナル楽曲 – 甘味 – Sea.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 324.8K tontonan, 45.6K tanda suka, 351 komen dan 902 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netize terhibur melihat gelagat si anak oyen yang pada awalnya kelihatan gangster namun tiba-tiba takut setelah diajar oleh kucing dewasa.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga erseloroh mengatakan bahawa si oyen pasti akan membalas dendam apabila sudah dewasa kelak.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Tunggu dia besar sikit, confirm balas dendam semula tu”

“Hahaha sama macam kat rumah maybe sebaya kot..Sebiji sama”

“Mak Oyen: Ingat muka tompok tu nak!!”

“Eee comelll nyee Oyennn”


Amboiii ada sahaja karenah si oyen niii.. Betul lah orang kata kalau dekat Malaysia ni, yang buat hal tu tak Myvi, mesti Oyen.