Ambil Gambar Kahwin Dalam Laut, Hasilnya Pula Buat Netizen Terhibur

‘Sekali seumur hidup’ itulah ayat yang sering kita dengar daripada mulut mereka yang hendak mendirikan rumah tangga yang menyebabkan mereka tekad untuk mengadakan majlis persandingan secara gah dan besar-besaran malah menginginkan semuanya lengkap termasuklah busana yang indah, pelamin yang cantik, makeup yang on point.

Tidak cukup dengan itu, bahkan photographer juga diperlukan bagi mengabdikan gambar-gambar perkahwinan kerana memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput.

Untuk lokasi penggambaran pula, selalunya pengantin lebih memilih untuk pergi ke taman, sungai, hutan, bangunan lama atau ladang pokok getah dan banyak lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita berani mengambil gambarnya memakai gaun pengantin di dalam laut telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @eyrafadz, kelihatan dia sedang menjalankan sesi photoshoot kahwinnya bersama seorang jurugambar di dasar laut.

Dapat kita lihat dia yang memakai busana serba putih itu menghasilkan beberapa posing yang menarik bagi menghasilkan gambar yang cantik.

Pun begitu,apa yang membuatkan ramai terkedu dan ketawa apabila hasil gambarnya di luar jangkaan dan tidak menarik seperti apa yang orang ramai bayangkan.


Video yang tular di laman TikTok:

@eyrafadz Reply to @rawaidaaaa first time kene buat fotoshoot underwater just pakai air support je. ghisauu sis. Itu jela posing yg paling ok 😂😂😂😂 #mermaid ♬ umbrella slowed – xxtristanxo

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.3M tontonan, 180.3K tanda suka, 4867 komen dan 2617 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan hasil gambar yang seolah-olah sedang lemas itu.

“Nampak macam lemas lepas tu orang tak tolong tapi ambil gambar, expectation saya terlampau tinggi” – Netizen

Bahkan ramai para netizen yang berseloroh mengatakan bahawa jika terserempak dengan dugong pun dugong akan ketawa melihatnya begitu.

Berikut merupakan antara komen lucu warga maya: