“Kebas satu muka” Aksi Lelaki Sanggup Selam Dalam Ice Box Cari Air Lemon Barli Buat Ramai Berdekah!

Biasanya dalam setiap kumpulan, pasti akan ada seorang yang ‘hyper’ atau ‘gila-gila’ perangainya. Dengan kehadiran mereka ini jugalah kita lebih mudah terhibur dan hilang stres melihat telatah mereka.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok, kelihatan seorang lelaki berada di hadapan ice box dipanggil oleh rakannya bertanyakan ada air tak di dalam ice box itu.

“Demi Brother, semuanya boleh. Cari lah kawan yang sanggup susah untuk korang, mcm dia ni. Sayang kau” tulis pengguna tersebut di kapsyen video tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @imaybezizan itu, dia pun membalas soalan rakannya itu dengan menjawab ya dan terus ‘menyelam’ ke dalam ice box tersebut mencari air kemon barli yang diminta.

Aksinya yang menyelam ke dalam ice box itu membuatkan rakan-rakannya yang lain sudah ketawa terkekek-kekek, manakan tidak disangkakan dia selam tipu-tipu sahaja rupa-rupanya selam betul mencari air.

Setelah sahaja selesai mencari, kepalanya terus diangkat lalu kelihatan air daripada ice box turut terpercik keluar.

Rakan-rakannya yang lain berdekah ketawa terbahak-bahak melihat aksinya yang membuatkan basah habis kepala semata-mata menyelam mendapatkan air lemon barli itu.


Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video TikTok ini telah berjaya meraih sebanyak 1.9M tontonan, 221.4K tanda suka dan 4050 komen.

Menjengah di ruangan komen, ramai warga netizen turut meluahkan rasa terhibur melihat aksi lelaki tersebut yang selamba sahaja selam ke dalam ice box dan dianggap sanggup susah senang demi sahabat.

Antara komen netizen:

“tak, masalahnya aku igt dia selam tipu2 rupanya selam betul mat, berdekah aku 🤣”

“Kawan gini mmg kita tak kering gusi lah. Ni kalau sampai rezeki kawan sampai ke tua, mesti sampai menjejeh air liur ketawa 😂”

“teruk la lepasni nak minum air kotak service charge tinggi sbb kene selam dulu baru dapat air 🤣🤣🤣”

Video TikTok yang tular:

@imaybezizan Demi Brother, semuanya boleh. Cari lah kawan yang sanggup susah untuk korang, mcm dia ni. Sayang kau🫰🏼 #fyp #foryoupage #susahsenang #demibrother #jiwa #justforfun #sambilmenyelam ♬ original sound – Haziq Halim