“Tenang sangat tu..” Santai Bersandar Di Perut Pelanggan, Gelagat Kucing Buat Perut Macam Tilam Undang Dekah Ramai

Bila bercakap sahaja tentang kucing berwarna oren atau lebih dikenali ‘Oyen’ ini, pasti ramai yang terngiang gelagat lucu si bulus yang seringkali mengundang dekah ramai.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, ada sahaja perkara yang tak tercapai dek akal dilakukan oleh oyen. Tidak kiralah spesis atau baka apa sekalipun, kalau dah namanya oyen, pasti sering ‘buat hal’.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing selamba bersandar di atas perut seorang pelanggan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @murnienonie, kelihatan lelaki tersebut berada di sebuah restoren.

Namun siapa sangka, seekor kucing berwarna oren datang dan santai bersandar di perut seorang lelaki dan si bulus itu kelihatan sangat selesa.


Lelaki tersebut bagaimanapun langsung tidak rasa terganggu malah membiarkan kucing tersebut berada di atas ribanya.

“Tenang sangat tu nakk.. sodap eh dapek tilam vono tu”- ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengatakan mungkin pelanggan tersebut merupakan seorang pecinta haiwan bahkan berpendapat kucing seperti mempunyai naluri buat manusia yang sayangkan mereka.

“Ni la sebab saya taknak kempiskan perut. Bukan malas bersenam. Tapi anak bulus dekat rumah memerlukan perut untuk tenang ribut jiwa,” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mengatakan mungkin kucing tersebut sedang ‘pasang telinga’ untuk dengar baby dalam perut.

Antara komen warga maya:

“Dia tengah buka telinga.. nak dengar baby dalam tu dah berapa bulan..”

“Kemain oyen berhealing atas kawan tu..”


“Animal can sense people with kindness..”

“Oyen kat mana2 mesti kuat drama kan”

“Pujuk suh bawak balik la tu”

“Kucing ni dia tahu sape yang sayang binatang”

“Dapat tumpang manja sikit jadilah.. buat raso2..”


Video yang tular di laman TikTok:

@murnienonie Tenang sangat tu nakk.. sodap eh dapek tilam vono tu 🤭 #fyp #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokcat #anakbulus #kucingtiktok #catlover #pecintakucing ♬ original sound – zzack🍁