“Housemate dari neraka” Niat Nak Basuh Baju, Lelaki Terkejut Jumpa ‘Boxer’ Penuh Najis Dalam Mesin Basuh!

Seringkali kita lihat pelajar ataupun anak perantauan yang bekerja terpaksa mencari rumah sewa dan tinggal bersama kenalan ataupun orang luar yang tidak dikenali di dalam satu rumah bagi menjimatkan kos sara hidup.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, sebagai pelajar sudah pasti banyak yang perlu difikirkan dan begitu juga anak perantauan yang baru bekerja dan masih tidak stabil dari segi kewangan.

Pun begitu, ramai juga dikalangan ‘housemate’ yang seakan tiada adab dan akhirnya menyusahkan ramai orang.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda meluahkan perasaan marah kerana perangai housematenya telah mencuri tumpuan.

Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan pemuda itu ingin membasuh pakaian di dalam mesin basuh namun dia terkejut melihat boxer housematenya yang penuh tahi di dalamnya.

Lebih menjijikkan adalah, housematenya itu turut memasukkan beberapa helai baju yang lain bersama boxer tersebut untuk dibasuh.

Pemuda ini juga mendedahkan tandas di rumah mereka turut berada di dalam keadaan kotor.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen jijik melihat perkara tersebut malah ada juga yang pernah berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: