“Akak malas nak keluar, kata nak tolong, hantar jela!” Lelaki Nak Bagi Bantuan Lampin Terkilan Kena Bebel

Seperti yang kita sedia maklum, ramai individu di luar sana tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan terutama mereka yang terjejas ekoran pandemik ketika ini.

Namun begitu, ada juga segelintir yang mengambil kesempatan dan juga tidak memberikan kerjasama yang baik kepada penderma.

Wanita ini tawar upah RM5 untuk kos penghantaran

Ibarat diberi betis hendak paha itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang bersikap berlebih-lebihan dalam mendapatkan bantuan.

Lebih menyakitkan hati, apabila wanita ini menawarkan kadar upah sebanyak RM5 untuk perjalanan yang jauh bagi kos menampung penghantaran barangan bantuan tersebut.

Posting ini dikongsi lebih 4.6k pengguna di media sosial

Kisah ini diceritakan oleh seorang penghantar barangan dikenali sebagai Fard Osman menerusi satu posting di laman Facebook.

Posting yang dimuat naik oleh lelaki ini  telah dikongsi lebih 4.6k pengguna di laman Facebook.

Bantuan lampin pakai buang percuma

Kisahnya bermula, apabila lelaki ini memberikan bantuan lampin pakai buang kanak-kanak secara percuma.

Kemudian, bagi sesiapa yang memerlukan bantuan tersebut hanya perlu datang mengambilnya sendiri di rumahnya.

Nak mintak tolong orang bukan macam nie caranya

Menurutnya lagi, kesemua lampin pakai buang tersebut merupakan duit dia sendiri tanpa mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak.

“Nak minta tolong orang, bukan macam ni caranya, lampin pakai buang banyak-banyak tu bukannya orang sponsor.”

Orang bagi percuma nak demand macam-macam

“Aku guna duit sendiri 100% ! Aku bukannya jual lampin pakai buang. Bagi free je pun, lagi nak demand macam-macam.”

Bagaimanapun, terdapat seorang wanita yang memintanya untuk menghantar lampin pakai buang tersebut ke rumahnya.

Penerima harus menanggung kos penghantaran jika mahu dihantar

Meskipun sudah dijelaskan, bantuan lampin pakai buang itu menggunakan kaedah pengambilan hanya di rumah lelaki itu.

Malah, lelaki itu menjelaskan jika mahu lampin pakai buang tersebut dihantar terus kepada rumah si penerima, seseorang itu perlu menanggung kos penghantarannya.

Yang percuma itu cuma lampin pakai buang

“Dah agak dah, aku ni tolong bagi lampin pakai buang je, pickup sendiri dekat aku, kalau nak hantar sampai depan rumah.”

“Aku cas delivery sebab yang percuma tu cuma lampin pakai buang.”

Penerima beri alasan malas keluar dari rumah

Jelas lelaki ini lagi, kos penghantaran untuk menghantar lampin pakai buang itu lebih mahal daripada kos sebenar lampin tersebut.

Namun, wanita itu masih berkeras dan sempat menawarkan sedikit ‘upah’ dan memberikan alasan dia malas untuk keluar dari rumah.

Kata nak tolong orang, hantar jelah

“Hantar rumahlah, akak malas nak keluar. Kata nak tolong orang, hantar jelah. Tak payah tolonglah macam ini.”

Lelaki tersebut turut menjelaskan kadar upah yang diberikan oleh wanita itu sama sekali tidak mencukupi.


Persoalkan tindakannya untuk membantu

Lalu lelaki tersebut sekali lagi meminta wanita ini untuk datang ke tempatnya bagi mengambil barangan tersebut.

Namun, wanita ini masih berkeras dan sempat mempersoalkan tindakannya yang pada mulanya ingin membantu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.