“Tak kesian ke pada baby?” Ibu Hamil Akui Ziarah Aidilfitri Punca Positif C0VID-19

Setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengemas kini maklumat mengenai kes jangkitan positif pancemik setiap hari.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan tersebut menerusi media sosial dan kes jangkitan ketika ini masih berada di tahap membimbangkan.

Peningkatan kadar jangkitan yang tinggi memaksa para petugas kesihatan bekerja lebih masa bagi menampung pesakit yang perlu dirawat di hospital.

Bersiap sedia menerima pesakit seorang wanita hamil

Menerusi perkongsian Astro Awani , seorang doktor jarang berkongsi situasi yang dihadapi di hospital bersama umum setiap hari, namun kes yang diterima seorang doktor di Hospital Melaka malam tadi menjentik hatinya untuk berbuat demikian.

Jam di dinding menunjukkan waktu 3 pagi. Dr Tasha sedang bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Melaka.

Dia menerima panggilan memerlukannya bersiap sedia menerima pesakit yang merupakan seorang wanita hamil.

Kaedah pembedahan jarang dilakukan seawal pagi kecuali kecemasan

Difahamkan, pesakit wanita berkenaan perlu melahirkan bayinya melalui kaedah pembedahan.

Kes seperti itu jarang dilakukan seawal pagi ekoran kekurangan tenaga kerja kecuali ia merupakan kes kecemasan.

Ujian RTK menunjukkan wanita itu positif

Namun itu bukan persoalannya kerana itu tugas hakiki Dr. Tasha sebagai seorang doktor pediatrik, tetapi kejutannya adalah wanita hamil itu merupakan salah seorang pesakit positif pandemik.

Ia berikutan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) yang dilakukan menunjukkan wanita itu positif!

Wanita itu melakukan aktiviti ziarah ketika Aidilfitri

Tulis Dr Tasha dalam posting Instagram miliknya 24 jam lalu, wanita berkenaan mengakui melakukan aktiviti ziarah Aidilfitri.

Malah, ada dalam kalangan saudara-maranya berada dalam keadaan kurang sihat, namun dia masih memilih untuk ‘mendekati’ mereka.

Wanita tersebut turut tidak memakai pelitup muka

Wanita berkenaan turut didakwa tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga jarak fizikal dan sekali gus tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Kisah ini buat saya amat kecewa. Dia tidak boleh fikir bagaimana keadaan itu akan memberi kesan kepada bayinya,” kata Dr Tasha dalam perkongsian di laman Instagram peribadinya.

Saya kecewa, bagaimana jika bayi positif

Dia mengakui begitu kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pesakitnya itu.

“Jika dia positif, bayi yang dilahirkan terpaksa diasingkan sebaik dilahirkan, perlu menjalani beberapa siri ujian dan juga ujian swab.”

Ibu ini tidak fikir kemungkinan yang dihadapi bayinya

“Bagaimana jika bayi itu juga positif? Tidakkah dia terfikir apa kemungkinan yang akan dihadapi oleh bayinya?,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi khidmat pesanan di Instagram, Dr Tasha memaklumkan bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan baik.

Kita sama-saa doa agar bayi itu tidak positif

Namun begitu, bayi yang dilahirkan itu perlu diberi perhatian setiap masa sekiranya disahkan positif.

“Kita sama-sama doa agar bayi itu tidak positif. Ibunya pula berada dalam keadaan stabil meskipun positif dan turut berada di bawah pemerhatian khusus pihak hospital,” balasnya.

Sesetengah pihak langsung tak ambil pusing virus berkenaan

Luahnya, agak memenatkan apabila anda fikir anda seorang sahaja yang berperang menentang virus berkenaan.

Sedangkan sesetengah pihak langsung tidak ambil pusing dan memainkan peranan mereka.

Kerana terlalu asyik mendengar berita palsu mereka tak patuhi SOP

Jelasnya, ada segelintir pihak yang langsung tidak peduli usaha petugas barisan hadapan menghapuskan C0VID-19 kerana terlalu asyik mendengar berita palsu yang tular.

Mereka tidak mematuhi SOP, menipu untuk merentas negeri dan hasilnya menjadi penyebar virus.

Kami gagal jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda

“Kami tidak boleh melakukan (melawan pandemik) secara sendirian, kami akan gagal jika anda tidak menjalankan tanggungjawab anda.”

“Kepada semua yang membaca posting ini, saya merayu, jalankan tanggungjawab anda,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tharshana Thenakaran (@tash_karan)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendengar luahan hati petugas barisan hadapan ini.

Mereka turut menyeru supaya semua rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sama-sama memberikan kerjasama untuk memutuskan rantaian pandemik ini.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)