Connect with us

Viral

“Nasib tak kena telan,” Anak Hampir ‘Ditelan’ Burung Undan, Netizen Tegur Bahaya Paruh Tajam Macam Gergaji

Normal lah bagi kanak-kanak yang semakin menginjak usia didorong dengan sifat ingin tahu yang tinggi.

Ada saja yang nak dicubanya. Pun begitu, ibu bapa kena peka dengan setiap tindak tanduk anak mereka. Ya lah, risau-risau perkara yang tidak diingini pula berlaku.

Sama juga dngan video yang tular baru-baru ini di mana seorang kanak-kanak lelaki hampir ‘ditelan’ oleh seekor burung undan (pelican) semasa dia sedang asyik mendekati dan menyentuh haiwan tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Mem.Atikah, Kelihatan budak lelaki tersebut sungguh teruja ingin melihat burung tersebut dari jarak yang sangat dekat.

Namun tiba-tiba siapa sangka, burung tersebut membuka mulutnya lalu ‘mencengkam’ kepala budak tersebut seolah-olah ingin menelannya.

Pun begitu, ramai yang turut mempersoalkan mengapa kanak-kanak tersebut tidak diawasi dengan baik ketika dia meluru ke arah burung tersebut.

Kejadian yang dipercayai berlaku di 99 Wonderland Park Selayang ini secara tak langsung membuatkan netizen mendakwa ibu bapa kanak-kanak tersebut seolah-olah tidak peduli akan anak mereka yang kepalanya hampir dimamah haiwan tersebut.

Video yang tular di applikasi TikTok:

@mem_atikah Rizqi dlm keadaan yg baik. No worries! Satu kenangan tercipta 😄#99wonderlandparkselayang #animallover #ohnonononoo ♬ original sound – Mem.Atikah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9M tontonan, 95.8K tanda suka, 954 komen dan 910 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap sambil lewa yang dilakukan oleh penjaga mereka dimana tidak menarik anak tersebut walaupun sudah terjadi begitu.

Namun, si ibu dilihat seolah-olah sudah bersedia dengan segala kecaman netizen dan sempat membidas komen-komen netizen.

“Knp dh jdi mcm tu kita mcm rilek je? Sbb klu kita mengelabah takut binatang tu terkejut nnt lagi mengganas 😅” jawabnya di komen.

Ada juga netizen yang menjelaskan bahawa paruh burung tersebut bahaya dan boleh mendatangkan bahana kepada kanak-kanak.

“Paruh dia bahaya sebenarnya. Mcm gergaji halus. Sekali kena gigit. Jgn rentap. Kena bukk paruh.”

Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengawasi kelakuan anak-anak mereka walaupun dimana sahaja kita berada.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)