Jatuh Kuda Sewaktu Pre-Wedding, Aksi Pengantin Lelaki Larikan Diri Buat Netizen Berang

Menjejaki ke alam perkahwinan merupakan perkara yang indah dan membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.

Namun sebelum itu, ramai pasangan masa kini yang lebih memilih untuk mengadakan penggambaran atau video pre-wedding sebelum kahwin.

Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ walaupun ianya sekadar pre-wedding seperti baju yang cantik dan juga makeup yang on point dan gambar photoshoot yang cantik dan menarik.

Bagaimana pun, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana berlaku ‘sesuatu’ yang tidak diingini kepada seorang wanita sewaktu sesi penggambaran pre-wedding dengan tema ditepi pantai sambil menaiki seekor kuda mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seornag pengguna TikTok iaitu @silvitapearcee, memaparkan wanita itu sudah berada di atas badan kuda untuk penggambaran.

Pun begitu, kuda tersebut tiba-tiba terkejut sewaktu seorang lelaki memakai baju berceloreng askar naik di belakang kuda tersebut dan membuatkan kuda tersebut melompat dan bakal pengantin perempuan terjatuh ke tanah.

Dapat juga kita lihat juru gambar tersebut yang kelam kabut menolong wanita tersebut yang terjatuh ketanah ketika sesi penggambaran.

Video yang tular di laman TikTok:

@silvitapearcee

♬ Shaun The Sheep – aku’crendel_

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2 Juta tontonan, 111.4K tanda suka, 2345 komen dan 1729 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengatakan ianya berpunca kepada lelaki tersebut kerana menaiki kuda itu secara melulu sehingga menyebabkan ianya terkejut.

Tidak cukup dengan itu, selain menjadi punca, warga netizen juga berang dengan sikap bakal suami yang dilihat langsung tidak peduli dimana dia melarikan diri dan membiarkan wanita tersebut jatuh ke tanah malah yang menolongnya adalah abang photographer tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya: