Lengan Anak Ditoreh Manik Sofa, Ibu Ini Terus Cabut “Biar nampak tak cantik janji anak selamat”

Kadang-kadang bila kita nak beli sofa baru, kita selalu abaikan ciri keselamatan yang ada pada sofa berkenaan. Asal nampak cantik saja, beli.

Nak nak lagi design sofa zaman sekarang sudah berbagai. Berbatu, bermanik dan macam-macam lagi!

Walaupun nampak cantik, kadang-kadang ia boleh mengundang bahaya kepada penghuni di rumah. Terutama sekali anak-anak kecil.

Sama seperti situasi yang dikongsikan oleh Puan Anis dimana lengan anaknya terdapat kesan luka yang panjang akibat daripada manik sofa!

Menurut Puan Anis, kejadian cemas itu terjadi apabila hiasan manik di sofa rumahnya itu secara tidak sengaja menoreh lengan anaknya.

“Kejadian semalam, bahu anak tertoreh panjang.”

“Trauma, sekali kena dekat anak. Panjang luka terkena manik sofa.”

Serik dengan apa yang menimpa anaknya, Puan Anis bertindak untuk mencabut dan membuang kesemua manik yang melekat di sofanya.

Menurutnya, biarlah sofa itu kelihatan pelik asalkan keselamatan anaknya terjamin dan tidak berulang lagi insiden yang sama.

“Jadi untuk kebaikan serta keselamatan anak, saya dah buat sesi cabut manik di sofa.”

“Biar lah nampak tak cantik sofa janji tak berlaku lagi pada anak di kemudian hari.”

Puan Anis turut sempat mengingatkan ibu-ibu di luar sana yang berniat untuk membeli atau pun sudah ada sofa yang sebegini agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Kerana, manik yang terdapat di tempat sandar sofa berkemungkinan besar mencederakan kanak-kanak. Tambahan pula kulit mereka sensitif dan masih tipis.

“Ibu-ibu sekalian beringat lah ye sebelum terjadi. Anis terasa nak menangis tengok bahu anak sampai luka macam tu sekali terkena manik sofa.” pesan Puan Anis di Facebook.

Hantaran yang tular di Facebook