“Kami sudah tidak bertegur… mungkin mereka sudah tidak perlukan saya”

Minggu lepas Izzue mengejutkan peminat apabila mengumumkan meninggalkan Forteen dalam satu rancangan televisyen.

Menurut Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, Forteen yang kini dianggotai Ariz Lufias, One dan Ameer enggan bersemuka dengannya tanpa sebab.

Foto: Instagram Izzue Islam

Izzue berkata dia tidak bertindak secara terburu-buru sebaliknya terpaksa membuat keputusan berkenaan demi kebaikan bersama.

“Persefahaman antara saya dan Forteen dah tak ada, jadi saya rasa agak sukar untuk kami teruskan.”

Dalam pada itu Izzue turut memohon maaf kepada semua anggota Forteen jika dia melakukan sesuatu yang mengguris hati mereka.

“Ia berlaku terlalu cepat, dalam masa tiga hari sejak Khamis lalu sebelum final Gegar Vaganza kami sudah tidak bertegur… mungkin mereka sudah tidak perlukan saya,” katanya.

Izzue juga meletakkan sebarang kesalahan ke atas dirinya dan meminta mereka untuk memberitahunya jika ada berkecil hati.

“Tak mungkin saya tak ada buat apa-apa kesalahan. Tapi kalau anda berkecil hati, beritahu saya. Saya letakkan sebarang kesalahan atas diri sendiri. Tapi kalau anda bertiga pulaukan… saya rasa seperti dah tak diperlukan,” katanya.

 

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: MStar[/su_note]