“Saya menyesal membuka mulut mengenai hal (hutang) terbabit” – Nabil Ahmad

Nabil Ahmad mengaku kesal membuka mulut mengenai hutang tertunggak seorang usahawan kosmetik.

Ini kerana tindakannya itu dianggap memberi promosi kepada individu terbabit secara tidak langsung.

Foto: Instagram Ziranabil

Nabil berkata dia terkejut apabila usahawan berkenaan mengambil kesempatan mengajak netizen menyertai kelas perniagaan kelolaannya selepas didakwa menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya menyesal membuka mulut mengenai hal (hutang) terbabit kerana dia menggunakan peluang itu untuk mengajak orang ramai menyertai kelas yang dikendalikan olehnya. Tidak sangka, dia menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan publisiti secara mudah, tanpa perlu mengeluarkan duit.”

Nabil juga memberitahu dia sudah meminta hutangnya dibayar sejak dua tahun lepas tetapi tidak diendahkannya.

“Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya. Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya adalah (urusan) antara dirinya dengan Tuhan,” katanya kepada BH Online.

Nabil juga mendakwa dia tidak tahu apa tujuan sebenar usahawan terbabit menabur fitnah dengan mengatakan dirinya dan teman seperjuangan, Jihan Muse.

“Tuduhan itu membuatkan saya tergerak hati untuk membuka mulut,” katanya.

Isu hutang berkenaan dibangkitkan pengacara yang juga pelawak dan pelakon terkenal itu selepas seorang usahawan wanita mendakwa Nabil dan Jihan tidak menegurnya ketika dia menghadiri acara konsert akhir sebuah program realiti, Ahad lalu.

Nabil turut meluahkan rasa simpati kepada penaja utama program terbabit apabila perhatian orang ramai dikatakan terarah kepada pihak lain.

“Jika boleh, saya enggan lagi membuka mulut mengenai perkara ini kerana tidak mahu memberikan publisiti mudah kepada pihak terbabit. Orang lain yang mengeluarkan wang, tetapi tumpuan diberikan kepada pihak lain pula,” katanya.

Walaubagaimanapun, Dato Seri Vida sebelum ini menafikan ada mempunyai sebarang hutang dengan pengacara itu.

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Berita Harian[/su_note]