“Kalau mat despatch tu manusia, dan dia adalah jodoh yang Allah tentukan, saya terima” – Ruhainies

Pelakon cantik Ruhainies tidak lagi berahsia mengenai status hubungannya bersama kekasih apabila baru-baru ini mendedahkan dia sudah menerima lamaran Mr. E.

Mr. E merupakan seorang ahli perniagaan yang menetap di London. Semua peminatnya gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Namun masih ada segelintir netizen mengatakan Ruhainies memilih jejaka tersebut hanya kerana harta dan kekayaannya.

Walaubagaimanapun, lelaki yang menggunakan akaun Instagram bernama @elffjohan membalas komen negatif dari netizen. Dia mengatakan soal hati tidak ada kena mengena dengan pekerjaan dan rupa paras seseorang.

Foto: Instagram @ruhainies7

@elffjohan juga menyatakan, jika dijodohkan dengan lelaki yang bekerja sebagai mat despatch sekalipun, Ruhainies akan tetap mencintai lelaki tersebut dengan seikhlas hati.

Ujarnya lagi, Ruhainies mencintainya kerana dirinya dan bukan kerana harta.

Ruhainies juga turut membalas komen tersebut dengan mengatakan dia akan terima jodoh yang Allah telah tentukan

“Kalau mat despatch tu manusia, dan dia adalah jodoh yang Allah tentukan, saya terima. Asalkan dia tu manusia. Bukan almari, bukan meja. Lol”

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Rotikaya[/su_note]