“Kami dah tak tinggal sebumbung” Isteri Baru PU Abu Dedah Mahu Bercerai, Ini Puncanya

Kalau sebut Pencetus Ummah, pastinya kita bayangkan individu yang sepatutnya memberikan imej dan tauladan yang baik kepada masyarakat.

Namun PU Abu nampaknya sekali lagi mencetus isu apabila isteri barunya, Hana Azra telah memberitahu media untuk berpisah dengannya.

Menerusi laporan mStar, Hana dilaporkan dalam proses bercerai dengan Abu di mana dia kini berada di Kedah dan Abu di Kuala Lumpur.

“Saya dan Abu kini dalam proses bercerai.” katanya kepada mStar.

Malah menurut Hana lagi, dia tidak mahu dikaitkan dengan Abu lagi dalam mana-mana kenyataan media.

Walaubagaimanapun, Hana sempat mendoakan kebahagiaan Abu bersama anaknya dan belas isterinya Ain.

Sehingga kini masih tiada kenyataan dari Abu berkenaan isu ini.

Sebelum ini, Abu dilaporkan menceraikan isterinya yang sedang sarat mengandung untuk mengahwini seorang janda.

Rentetan daripada itu, kisah Abu, Ain dan Hana ini menjadi tumpuan para netizen kerana merasakan simpati terhadap nasib Ain dan anak yang baru dilahirkan.