[VIDEO] “Terima kasih Mawar, jadi isteri dan ibu terbaik” Fizo Omar Sah Lepaskan Mawar Dengan Talak Satu

Pasangan selebriti popular, Fizo Omar dan Mawar Karim hari ini dilihat telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi kes perceraian mereka.

Menurut laporan mStar, Fizo Omar tleah sah menceraikan Mawar Karim dengan talak satu di hadapan hakim Che Abdullah Che Hassan.

Fizo yang memakai serba hitam dilihat tenang selepas keluar daripada mahkamah.

Sebelum ini pasangan ini telah dilaporkan tidak beraya bersama dan timbul khabar angin tentang rumahtangga mereka.

Perkara itu dikuatkan lagi apabila Mawar Karim dilaporkan mengaku telah berjumpa peguam bagi menasihatinya berhubung isu ini.

Video Temubual Fizo Omar dan Mawar Karim

Sebelum ini, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang pada 10 November 2013.

Mereka diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506.

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram.

Cinta mereka didedahkan umum apabila Fizo telah melamar Mawar Abdul Karim didalam sebuah panggung wayang di Cathay @ e-Curve, Damansara pada 29 Oktober 2013.

Kejutan lamaran itu turut disertai pihak media, kenalan rapat dan ahli keluarga Mawar tanpa pengetahuan Mawar sendiri.

Semoga dengan perpisahan ini, mereka berdua dapat jalani kehidupan yang lebih baik.