[FOTO] Mulianya Hati Datin Anne Ngasri Lawat Isteri Bekas Suami Yang Baru Bersalin

Kita tidak asing lagi dengan nama Datin Anne Ngasri. Beliau yang merupakan seorang pelakon sejak dari kecil sering membintangi pelbagai jenis drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Sejak dari kecil Anne membintangi siri kegemaran ramai cili padi bersama beberapa barisan pelakon lain yang berbakat.

 

View this post on Instagram

 

Jadi pengacara ke??? @darlingasri ermm .. Jangan lupa Saksikan LIVE di Astro Prima 105 pukul 12tghari …

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on

Terdapat banyak drama yang dilakonkan oleh beliau salah satunya adalah siri drama dunia baru yang mendapat sambutan hangat satu ketika dahulu.

Drama bersiri dunia baru itu turut dibintanga oleh Sherry Ibrahim, Elyana, Pierre Andre dan barisan pelakon muda yang lain ketika itu.

Terbaru satu perkongsian dilaman sosial Instagram tular apabila Datin Anne Ngasri dilihat telah datang melawat isteri kepada bekas suaminya yang baru sahaja bersalin seorang bayi perempuan.

Walaupun telah berpisah dengan Abdul Wafi Hassan, Datin Anne Ngasri dilihat masih menjalin hubungan baik dengan keluarga bekas suaminya itu.

Keakraban dan hubungan baik itu dilihat sesuai yang murni dan boleh dicontohi oleh peminatnya.

Terdahulu Datin Anne Ngasri sah bercerai secara rasmi dengan Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010 yang lalu.

Menerusi perkahwinan pertama mereka, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits 13, Abdul Wafri 11 dan Nazharah Afrozah 9 tahun.

Selepas berpisah, Datin Anne Ngasri telah berkahwin dengan Datuk Sumali Reduan sehingga kini.

Datin Anne Ngasri dilihat sering berkongsi foto keluarga bahagianya menerusi laman sosial Instagram untuk tatapan peminatnya.