“Kalis minyak panas ni” Masih Elok Berfungsi Walau ‘Phone’ Terjatuh Dalam Kuali Menggelegak Buat Ramai Terhibur!

Siapa sahaja yang tidak menginginkan ‘handphone’ yang berkualiti dan tahan lasak bukan?

Iospital phone repair gombak

Hal ini disebabkan pelbagai insiden boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, sehingga boleh merosakkan telefon bimbit yang kini merupakan salah satu keperluan seseorang.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana telefon bimbit seorang lelaki ini dipuji kerana ianya masih berfungsi walaupun jatuh ke dalam minyak yang panas!

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zaiem_ainn itu, dapat dilihat lelaki itu berada di sebuah kedai makan sambil merakamkan makanan yang sedang dimasak pada ketika itu.

Bagaimanapun, tiba-tiba telefon bimbit yang dipegangnya itu terus jatuh ke dalam minyak yang sedang menggelegak itu.

Apa yang membuatkan orang ramai tertarik dengan video berkenaan adalah apabila telefon bimbit itu masih boleh berfungsi seperti biasa dan mampu merakamkan video, walaupun telefon bimbit sudah pun terendam di dalam air panas.

Sedang asyik merakam, eh sekali termasuk pula dalam kuali yang penuh dengan minyak masak panas!

Video yang dimuat naik itu turut memaparkan video yang dirakamkan selepas berlakunya insiden malang tersebut.

Ekoran kejadian tersebut, lelaki itu terus memberikan pujian terhadap ketahanan produk Apple itu dan meluahkan rasa puas hati memggunakan iPhone 13 Pro.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 712.7K tontonan, 61.9K tanda suka, dan 1556 komen di laman platform sosial berkenaan.

Dalam pada itu, orang ramai rata-ratanya terhibur melihat insiden tersebut dan berasa kagum kerana pembikinan telefon bimbit itu ternyata sememangnya tahan lasak.

Antara komen netizen:

“bukan setakat waterproof.. friedproof pun boleh😂”

“First time tengok video masak2 sampai viewer pon kena masak . Abg punya tutorial goreng ayam mmg paduu”


“bang nk order iphone.nk spicy,nanti salut chease ye.”

“bang. nasib baik abg angkat cepat. kalau tak rangup kulit saya bang”

“Kami dah faham perasaan ayam bile kena goreng..”

Video TikTok yang tular:

@zaiem_ainn peminat iphone tolong hadir#fyp #fypシ゚viral #iphone ♬ original sound – Abey Ayam King’s Paya Keladi