Gadis OKU Banting Tulang Jual Burger, Kegigihan Cari Rezeki Buka Mata Orang Ramai

Tidak semua yang dilahirkan di muka bumi ini sempurna malah ada juga yang diuji kekurangan upaya malah jalan penceritaan dalam hidup setiap insan juga berbeza-beza.
Iospital phone repair gombak
Pun begitu, setiap yang berlaku sudah pasti mempunyai hikmah kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya bahkan tidak menguji seseorang diluar kemampuan mereka.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana kegigihan seorang gadis OKU (Orang Kurang Upaya) mencari rezeki mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, gadis yang dikenali sebagai Jaheerah Nadzri, 29, yang mempunyai masalah pembelajaran slow learner berkata, dia memilih untuk bekerja sendiri dengan menjual kudapan cornflakes berperisa madu dan telur masin.

Bagimanapun, permintaan jualannya itu tidak menentu dan hanya meningkat pada hari-hari tertentu sahaja seperti perayaan. Hal ini menyebabkannya ikhtiar cara lain dengan membuka gerai burger berhampiran dengan rumah yang dibantu oleh bapa dan abangnya.

“Ketidakupayaan (masalah pembelajaran) tidaklah ketara sangat. Cuma segala urusan atau aktiviti yang saya hendak lakukan memerlukan bantuan orang terdekat.”

“Ia menyebabkan saya tidak yakin bekerja dengan orang maka saya memilih untuk bekerja sendiri.”


“Saya memasang impian untuk memiliki rumah sendiri memandangkan rumah yang diduduki bersama keluarga sekarang adalah rumah sewa selain berhasrat mewakili negeri atau negara dalam sukan petanque,” katanya bercerita tentang anak gadis OKU yang besar jiwanya.

Katanya, bantuan kerajaan setakat ini amat memadai cuma memerlukan penambahbaikan dari sudut mutu pembelajaran di sekolah Pendidikan Khas.

Bapa Jaheerah, Nadzri Abd Majid, 66, berkata, dia berat hati melepaskan anaknya bekerja dengan orang susulan lebih tahu tahap keupayaan dimiliki anak bongsu daripada empat beradik itu.

“Ada juga kawan-kawan Jaheerah yang juga OKU bekerja tetap tapi saya tidak yakin dengan kemampuan anak saya yang masih memerlukan bantuan daripada orang terdekat dalam setiap pekerjaan.”

“Dia ada kemahiran berniaga, jadi saya harap kerajaan dapat bantu dari sudut peluang penempatan di Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti gerai atau peralatan yang membolehkannya menerima tempahan jualan dalam skala besar.”

“Sebelum ini, tempahan yang diterima dihadkan memandangkan ia dibuat secara manual,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan semangat yang ada dalam diri gadis ini yang mana dia langsung tidak meminta-minta malah mencuba pelbagai cara untuk mencari sumber pendapatan.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui gadis ini membuktikan bahaa kekurangan bukanlah penghalang untuk dirinya membanting tulang demi meraih punca rezeki yang halal.

Antara komen warga maya:

“Walaupun OKU tak menghalang mencari rezeki..”

“Menitis air mata.. murah rezeki awak dik..”


“Semangat kak jangan pernah berputus asa”


Video yang tular di laman TikTok:

@jaheerahnadzri94 🍔☺️ #tiktok #fyp #tiktokmalaysia #viral #eerahburger #kotawarisan ♬ Kenangan Terindah – SAMSONS