Viral
Keliru Pertindihan Garisan Jalan Punca Kemalangan, KKR Arah Siasatan Terperinci Dibuat

Setiap garisan yang ada di atas jalan lebuhraya sudah pasti dicipta untuk memudahkan dan mengurangkan risiko kemalangan. Malah setiap garisan juga mempunyai maksud tersendiri seperti garisan putus-putus dan garisan berkembar.
Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Isnin lalu kita dikejutkan dengan insiden nahas membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Isnin lalu.
Oleh itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan dan setelah diperiksa, kemalangan tersebut berpunca daripada pertindihan garisan jalan yang berbeza warna.
Laporan awal menunjukkan syarikat konsesi Lebuh raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) sudah mengenal pasti kawasan pertindihan garisan jalan yang perlu ditambah baik sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.
Pihak DASH mula melakukan proses menghitamkan garis jalan yang bertindih sejak semalam, dan akan melihat secara keseluruhan kadar penghitaman yang diperlukan, dengan kerja penambahbaikan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.
“Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak di NKVE, terutamanya garis jalan kuning dan putih supaya lebih teratur dan jelas serta selamat untuk dilalui pengguna.”
“Saya menekankan perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.
“Pada masa sama, saya juga meminta semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab kita bersama,” petik kenyataan yang dikongsikan melalui Twitter rasmi Ketua Kementerian Kerja Raya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berharap agar situasi seperti ini tidak berlaku lagi kerana ianya melibatkan nyawa setiap pengguna jalan raya.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Saya mengambil maklum berkenaan satu kemalangan yang berlaku di NKVE yang didakwa berpunca dari kekeliruan pemandu dengan pertindihan dua ‘lane marking’ yang berbeza.
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) January 26, 2023
Saya telah mengarahkan siasatan terperinci dilakukan. Berdasarkan laporan awal melalui pemeriksaan yang dijalankan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam, saya telah dimaklumkan:
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) January 26, 2023
1. Pihak DASH telahpun mengenalpasti kawasan yg perlu ditambahbaikan melalui proses blackening sebelum sambutan Perayaan Tahun Baru Cina lagi.
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) January 26, 2023
2. DASH telah mula melakukan proses blackening bermula malam semalam dan akan melihat secara keseluruhan kadar blackening yg diperlukan. Dijangka akan siap sepenuhnya dalam 3 malam. pic.twitter.com/HKiTY0S4y7
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) January 26, 2023
3. Pihak LLM/PLUS/DASH juga akan menilai semula keadaan di tapak di PLUS NKVE terutamanya lane marking kuning vs putih supaya lebih teratur dan jelas serta selamat untuk dilalui kepada pengguna.
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) January 26, 2023
Saya telah menekankan perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya.
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) January 26, 2023
Pada masa yang sama, saya juga menyeru semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Keselamatan di jalan raya adalah tanggung jawab kita bersama.#KementerianKerjaRaya#KKR
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) January 26, 2023
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

“Terima kasih, mak” Kongsi Perjalanan Peluk Agama Islam, Kisah Ibu Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

“Habislah baju budak2” Lap Pun Kotoran Tak Hilang, Murid Makan Di Meja Kerak Kehitaman Undang Kritikan Netizen

“Wah kreatifnya!” Lain Daripada Biasa, Sesi ‘Ice Breaking’ Bersama Pelajar & Mak Cik Kantin Raih Perhatian Ramai

“Patut dicontohi..” Masih Pakai Kasut Lusuh Ke Sekolah, Kawan Pakat Ramai2 Kumpul Duit Belikan Baru!

Beli Tapak Kubur Siap2 Sebelum Meninggal, Harga Pakej Boleh Cecah Sehingga Ratusan Ribu Ringgit!
