“Kalau saya cakap, boleh jatuhkan orang..” Cik B Beri Amaran, Tetap Tak Setuju DSV Kahwini Iqbal

Setiap insan yang bergelar anak pasti mahukan yang terbaik buat ibunya lebih-lebih lagi apabila mengetahui setiap jatuh dan bangun ibunya sepanjang menjadi ibu tunggal.

Jika sebelum ini Cik B telah menolak sekeras-kerasnya soal isu ibunya Dato Sri Vida ingin mendirikan rumah tangga bersama bekas PA iaitu Iqbal telah ditentang oleh segelintir netizen yang dirinya bersikap pentingkan diri.

Kini sekali lagi Cik B membuka mulut mengatakan bahawa dia mempunyai alasan tersendiri dan tidak mahu mengaibkan sesiapa.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkata, dia hanya mahukan ibunya bahagia bersama orang yang tepat dan masih meragui alasan Iqbal ingin mengahwini ibunya sedangkan jejaka itu masih muda dan masih ramai wanita di luar sana yang sepadan dengannya.

Oleh sebab Cik B tidak merestui hubungan itu, netizen telah menganggap bahawa dia pentingkan diri dan tidak kesiankan Dato Seri Vida yang semakin berusia serta perlukan teman untuk menemani dan menjaganya di saat Cik B dan Kacak menyambungkan pelajaran di luar negara nanti.

Namun Cik B telah menjawab persoalan itu di Ig story miliknya tentang sebab dia tidak merestui hubungan itu justeru lebih baik dia berdiam diri dan masih tetap dengan pendiriannya.

“Saya boleh je spill the tea kenapa saya taknak mama kawin. Tapi kalau saya cakap, ia boleh menjatuhkan semua orang termasuk mama.”

“Baik saya diam. Cukup orang tahu saya tetap dengan pendirian saya.” Kata Cik B lagi.

Kacak Setuju Jika Beri Duit Yang Banyak

Terdahulu, anak lelaki kepada Dato Seri Vida akhirnya membuka mulut soal isu ini kerana ramai netizen yang mendesaknya menjawab adakah dia juga tidak bersetuju dengan perkara itu seperti Cik B.

Namun menurut Kacak, dia akan menerima Iqbal sebagai bapa barunya tetapi tidaklah mudah itu sahaja dan meminta Iqbal memberikan duit kepadanya jika Iqbal mahu berkahwin dengan ibu mereka.


“First for all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin I’m just gonna agree with it guys. But not gonna agree macam tu ja la.

“No, you have to give me some.. you know.. (duit). If he wants my mom, then give me some of this (duit). Yes money. No money no talk.

“Give me some (duit) and I will agree with everything, don’t worry. Saya bukan pisau cukur ke apa, but money works you know.” kata Kacak berseloroh di akaun Tiktok miliknya.