Setelah sebulan hidup bersama anak-anak tanpa isteri di sisi, Shuib kini dilihat semakin kuat dan tabah menghadapi hari-harinya demi anak-anak tercinta.

Selepas hujan pasti ada pelanginya, itulah gambaran hidup Shuib setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah.

Terbaharu, Shuib memuat naik berita gembira di Instagramnya mengenainya anak keempatnya iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Difahamkan selama ini Shuib hanya dapat meluangkan masa bersama anaknya itu di hospital sahaja selama beberapa minit sahaja dan semalam buat pertama kali Shuib meluangkan masa bersama Ayash Affan di hospital kira-kira selama tiga jam.

Shuib berkongsi berita gembira itu serta memaklumkan anaknya Ayash Affan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas 39 hari dilahirkan.

Shahmira Muhamad ataupun Shuib, menganggap itu adalah ‘hadiah’ dari Allah sempena ulang tahun kelahiran arwah isterinya yang jatuh pada hari esok 15 September.

“Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Hadiah hari jadi ibu esok, 15 September. Allah hadiahkan kepulangan Ayash Affan hari ini.” kata Shuib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa syukur dengan ketentuan yang diberikan oleh Allah SWT untuk dirinya kerana dalam masa sama dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus mendoakan untuk bayi pramatangnya.

“Syukur Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Ayash.”

Terbaru menerusi perkongsian di laman Instagram milik Allahyarham Siti Sarah, satu video dimuatnaik menunjukkan keterujaan anak-anak Shuib melihat adik baru mereka, Ayash Affan.

“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari2 tanya pasal Ayash.

“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash.

“Terima kasih kepada smua yg mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah.

“Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.”

Rata-rata netizen gembira dengan berita tersebut, namun ada juga yang menyampaikan rasa simpati kerana Ayash Affan pulang tanpa ibu di sisinya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus C19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia sebulan.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.