Siapa yang tidak mengenali pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang seringkali muncul di kaca tv dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia.

Ramai yang tahu nama Shuk Sahar semakin menaik dan perniagaannya kini semakin maju semenjak tahun lalu walau di landa kontroversi yang tiada penghujungnya.

Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengingati peristiwa yang berlaku sebelum ini bukan? Kini sekali lagi Shuk menimbulkan tanda tanya netizen tentang tujuannnya ke rumah seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Sebelum ini, Shuk berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang Fara Salleh dan telahpun memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan berubah menjadi yang terbaik buat isteri, Rossalennah Natassyiah dan anak-anaknya.

Namun, apa yang mengejutkan apabila Fara Salleh telah memuat naik Ig story tentang seorang lelaki misteri yang dikatakan menganggunya serta memberi bayangan bahawa lelaki tersebut telah menghadiri tabligh.

“Nampak tak siapa ganggu aku? Siapa datang hari ni? aku semak! kata dah taubat pergi tabligh.”

Kata Fara lagi, dia berasa geram dengan tindakan lelaki itu datang ke rumah dan mencarinya sedangkan sebelum ini masalah diantara mereka sudahpun selesai.

Walau bagaimanapun, Fara tidak menyebut nama mana-mana pihak atau nama lelaki berkenaan serta Ig story yang dimuat naik olehnya itu dipadam sejurus selepas di muat naik.

Oleh sebab itu, netizen telah meneka bahawa lelaki tersebut adalah Shuk Sahar kerana bentuk badan dan cara berpakaiannya persis seperti pelawak itu.

Tambah pula dengan bayangan Fara Salleh tentang lelaki itu baru sahaja selesai mengikuti acara tabligh.

Walau bagaimanapun hal itu belum dapat dipastikan dan masing-masing tidak membuka mulut soal perkara itu.

Sebelum ini media melaporkan Shuk mengikuti jejak beberapa rakan selebriti lain apabila menyertai kumpulan dakwah tabligh.

Pembabitannya tular selepas Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar memuat naik gambarnya bersama Maulana Helmi di akaun Instagramnya.

Maulana Helmi adalah individu popular dikalangan artis yang berhijrah sebelum ini antaranya Amar Asyraf, Ali XPDC dan ramai lagi.

Sementara itu, beberapa gambar Shuk ketika mengikuti aktiviti terbabit turut dikongsikan di akaun Instagram @dakwahtablighmalaysia.

“Shuk keluar ke jalan Allah, doakan dia istiqamah di jalan Allah,” tulis pengendali akaun berkenaan.

Dakwah Tabligh Malaysia berharap orang ramai dapat mendoakan supaya Shuk istiqamah dalam apa bidang yang kini diceburinya.

“Insya-Allah, ada rezeki bertemu lagi,” catat Dakwah Tabligh Malaysia sambil meninggalkan sedikit nukilan nasihat berkaitan istiqamah dalam kehidupan.

Perkongsian itu menerima maklum balas sangat positif di dalam kalangan netizen. Malah, kebanyakan netizen rata-rata meluahkan rasa syukur dan mendoakan yang terbaik buat Shuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_sahar)

Terdahulu, Shuk masih terpalit dengan isu cinta tiga segi yang seakan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit mendedahkan satu salinan laporan polis melibatkan pelawak itu.

Bagaimanapun, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang dikenali sebagai Sera segera bertindak membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.