Tiga Tahun Penantian, Juliana Evans Akhirnya Umum Sudah Mengandung 6 Bulan

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik Juliana Evans yang pernah popular dengan filem Hantu Bonceng dan Mael Lambong.

Juliana kini sudah menjadi isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, kerabat diraja Selangor.

Walaupun sudah menyepi dari dunia seni, Juliana Evans sentiasa mengemaskini kehidupan peribadinya di laman Instagram miliknya.

Terbaru, menerusi satu posting di Instagram, Juliana Evans memberitahu bahawa dirinya kini sudah hamil 6 bulan.

Setelah 3 tahun menanti, berita gembira ini disambut dengan kesyukuran oleh Juliana dan suaminya.

“So happy to announce that I am actually 3 months away from motherhood!  Hubby and I are so excited to be parents and been eager to share this good news with all of you! Thanks for all the wishes  #alhamdulillah”

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini dan mendoakan kesihatan Juliana Evans dan kandungannya.

Bagi yang kurang mengenali Juliana Evans, beliau dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam, Selangor di mana bapanya merupakan berketurunan Inggeris dan ibunya berketurunan Melayu.

Juliana merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, kakaknya ialah Isabelle pernah menjadi pengacara di TV Pendidikan.

Juliana Evans belajar di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perfileman, Video dan Media di universiti tersebut selama dua tahun.

Semasa berumur 11 tahun, Juliana Evans menjadi pengacara rancangan E-zone yang bersiaran di Astro Ria dan pernah muncul dalam filem dokumentari pendek Hapuskan Aedes, Cegah Denggi terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca: Julliana Evans Berkahwin

Pada tahun 2007, Juliana menjayakan watak sebagai Sofie dalam drama muzikal bebas 8TV, KAMI – The Series.

Drama ini turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Nas-T, Syarul Ezani dan Ani Zayanah. Juliana kemudiannya kembali menjayakan wataknya dalam filem KAMI The Movie yang ditayangkan pada tahun 2008 di mana ia menjadi filem pertama lakonannya.

Juliana Evans berlakon bersama Zizan Razak dalam filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham, memegang dua watak, iaitu Ayu, seorang bohsia yang maut dilanggar lori dan Maya, hantu yang muncul dalam hidup Amran lakonan Zizan.

Juliana kembali digandingkan bersama Zizan dalam filem Hantu Bonceng juga arahan Idham.

Pada awalnya, Juliana Evans memulakan kerjaya lakonan dalam teater pada 2015 menerusi pementasan teater Bawang Merah Bawang Putih yang dipentaskan di Istana Budaya dari 3 hingga 8 Disember 2015.

Manakala pada tahun 2017, Juliana Evans menjadi pengacara rancangan Mahligai Cinta di TV3.

Tahniah diucapkan buat Juliana Evans dan suami. Semoga segala urusan Juliana dipermudahkan.