“Semua password saya dia tahu” Tak Pernah Bergaduh Besar, Aeril Zafrel Kongsi Tips Kebahagiaan

Walaupun usia perkahwinan pasangan ini sudah mencapai tujuh tahun, Aeril Zafrel berkongsi di mana dia dan Wawa Zainal belum pernah bergaduh besar shingga kini.

Katanya tiada rahsia besar yang disorokkan untuk menjadi pasangan yang sentiasa bahagia.

Di antara tips kebahagiaan bersama isteri, Aeril memberitau kepercayaan antara satu sama lain merupakan perkara yang paling penting.

Dalam sesebuah rumah tangga yang dibina, sepatutnya tidak wujud apa-apa prasangka dan sorokkkan apa-apa atau berahsia dari pasangan hidup kita.

“Untuk kekal bahagia, kita mesti terus percaya antara satu sama lain dan pada masa yang sama, kita tak perlu selindungkan apa-apa dari pasangan.

“Macam saya sendiri, tiada apa yang saya rahsiakan dari Wawa, password media sosial saya dan perkara-perkara lain pun dia tahu malah tolong uruskan.

“Saya harap agar Allah terus memberkati rumah tangga kami dan semuanya baik-baik sahaja,” katanya.

Bagi yang tidak mengenali Aeril Zafrel, beliau merupakan seorang model dan pelakon yang mula dikenali menerusi watak Affendi dalam siri TV Kisah Kaisara Musim Pertama.

Dilahirkan dengan nama Suhairil bin Sunari pada 2 Disember 1988, kelibatnya juga dilihat dalam siri TV Senja Permai di Astro Prima Durja Ningsun di TV3 dan Cinta Jannah serta drama bersiri eksklusif Cerita Cinta Kita di TV3.

Kini, nama Aeril Zafrel mekar di arena perfileman dan sering memegang watak utama dalam drama bersiri popular Malaysia seperti Jibril dan Mandatori.

Sebelum ini, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata yang sangat comel.

Anak mereka yang sulung Ahmad Fakhruddin Attar kini berusia 6 tahun dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa pula berumur 4 tahun.

Kami mendoakan semoga rumah tangga Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sentiasa bahagia dan kekal hingga akhir hayat.