[Video] “Saya nak masuk Islam tapi mak saya menangis” Mark Adam Cerita Kisah Peluk Islam

Mark Adam atau nama Islamnya Mark Adam Fikri Abdullah merupakan seorang penyanyi, pelawak dan pelakon yang terkenal di Malaysia.

Dilahirkan sebagai Mark Macaraig Echivarre pada 15 Oktober 1979, Mark Adam berasal dari Cebu, Filipina dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 sebelum beliau mula terkenal di negara ini.

Walaupun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telah pun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di dalam video yang viral, Mark Adam membuka rahsia yang disimpan rapi selama ini berkenaan kisahnya memeluk agama Islam.

Program Al-Hidayah yang menyingkap kisahnya itu, Mark Adam menceritakan bagaimana saat ibunya menangis apabila dia meminta kebenaran untuk menukar agama kepada agama Islam.

“Saya nak convert Islam, saya tanya mak saya, mak saya menangis. Dia cakap, you cakap dengan ayah.

“Saya cakap, ayah saya kena convert Islam. Satu soalan sahaja ayah tanya, awak gembira tak?

“Dan saya cakap ya, saya gembira. Ayah saya cakap ok, kau pergi sana,” tuturnya yang telah 17 tahun menetap di Malaysia.

Akhirnya ibu bapanya merestui keputusannya dan hubungan mereka sangat baikk hingga sekarang.

Meskipun sudah berlainan agama, Mark Adam sebagai anak yang taat kepada kedua ibu bapanya masih mengekalkan hubungan baik dengan seluruh keluarganya.

https://www.youtube.com/watch?v=RmhQ9bkCik8

Mark pada mulanya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum mengorak langkah dalam dunia seni.

Di dalam dunia muzik, Mark Adam memulakan karier dengan mengeluarkan single bertajuk Sampai Nanti yang dicipta oleh Dj Cza.

Lagu itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar di Malaysia. Namun, nama Mark mula dikenali apabila lagu single kedua beliau iaitu Pencuri terus menarik minat rakyat Malaysia dan menjadi popular sehingga ke hari ini.

Malah, Mark juga terkenal dengan lawak spontan beliau yang mencuit hati bahkan beliau juga pernah menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi.

Di samping itu, Mark juga pernah mengeluarkan album menggunakan nama beliau iaitu Mark Adam. Album ini mengandungi 12 lagu dan diantaranya lagu Pencuri, Marry Me , Marry Me dalam bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Selain daripada bakat menyanyi, Mark juga aktif melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti drama Plan Cinta Tak Jadi yang bersiaran di Astro Ria.

Beliau memegang watak pembantu dalam drama ini dan beberapa buah drama yang lain seperti Suami Tanpa Cinta dan yang terbaru pada tahun 2017 ialah Biniku Ninja. Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama, penulisan Azlan Andi berdasarkan kisah hidup beliau.

Mark memegang watak sebagai Andi iaitu kawan kepada Azlan yang dilakonkan oleh Ungku Hariz.

Drama terbitan Aanomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz ini merupakan adaptasi novel penulisan Azlan yang mempunyai tajuk yang sama.

Drama ini akan disiarkan di Astro Maya HD dan Astro Oasis serta menampilkan gandingan pasangan suami isteri Ungku Hariz dan Jihan Muse sebagai peneraju utama drama ini.

Mark juga pernah dipilih menjadi tenaga pelajar di samping penyanyi, Jaclyn Victor dan Black Hanafiah dalam program realiti pertandingan nyanyian Ceria Popstar musim keempat pada tahun 2016..

Pada 17 Jun 2017, Mark bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Restu Ramadan yang bakal bersiaran di TV3.

Mark telah berkahwin dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia dan pengurus beliau sejak tahun 2003.

Mark yang sudah memeluk agama Islam dan sudah lebih 17 tahun menetap di negara ini kini mempunyai taraf penduduk tetap serta merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya.

Semoga kisah penghijrahan Mark Adam ini akan memberikan inspirasi kepada diri kita untuk sentiasa menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.