Kes Ganja 4 Tahun Lalu, Hukuman Penjara Farid Kamil Diketepikan & Didenda RM 5000

Terdahulu, pelakon dan juga pengarah iaitu Farid Kamil dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mendapati bersalah kerana menggunakan dadah dikenali sebagai THC, iaitu ’11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun terbaru, Farid Kamil dilaporkan terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan mengenakan hukuman denda sebanyak RM5,000 kerana menggunakan dadah kira-kira 4 tahun lalu.

Memetik laporan Bernama, panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said telah membuat keputusan selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan.

Pun begitu, dua tahun pengawasan dibawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terhadap aktor berkenaan dan penjara 6 bulan dikekalkan oleh hakim jika gagal membayar denda yang ditetapkan.


“Ini kerana kes-kes mahkamah menunjukkan sama ada untuk menjatuhkan hukuman penjara dan denda, mahkamah bergantung kepada fakta kes itu. Dalam kes ini, kami dapati faktanya adalah jelas dan tidak menjurus kepada kesalahan terlalu serius atau berat.”

“Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujah peguam perayu dan memutuskan bahawa hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi, diketepikan serta diganti dengan hukuman denda RM5,000. Dua tahun pengawasan di bawah AADK dikekalkan,” kata hakim.

Mendengar perkara tersebut, Farid Kamil meluahkan rasa syukur dan akui keputusan tersebut adalah yang terbaik.

Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan dan kini saya boleh fokus terhadap penggambaran filem seterusnya berjudul Anwar, yang kini berada di peringkat akhir serta bakal ditayangkan pada Februari 2023,” katanya.

Sekadar info, suami Diana Danielle itu dituduh melakukan kesalahan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang, 11 Jan 2018.



Hukuman berkenaan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2019.