Periuk Belanga Berteraburan Dengan Sampah, Netizen Loya Lihat Laman Rumah Peniaga Seperti Tempat Pelupusan!

Rumahku syurgaku. Itu lah ayat yang sering kita dengar menggambarkan ruah tempat paling tenang, aman dan selamat untuk seseorang itu berteduh. Jadi sebab itulah kita sering diingatkan agar menjaga kebersihan rumah tidak kiralah di dalam mahupun diluar kawasan rumah kerana ia turut mencerminkan diri kita sendiri.
Iospital phone repair gombak
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi keadaan rumah jirannya yang kelihatan sangat kotor dan tidak terurus. Jika sekali imbas, ianya seakan rumah ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

Menerusi laman twitter @1sthisalice, dapat kita lihat rumah tersebut tidak tumpah seperti tempat pelupusan sampah. Terdapat banyak perkakas dapur seperti periuk, kuali dan sudip bertaburan bersama timbunan sampah di atas lantai di luar rumah.

Apa yang membuatkan orang ramai lebih terkejut adalah apabila Alice mendakwa pemilik rumah itu merupakan seorang pengusaha gerai makanan.

“Tadi pergi jogging, lepas tu nampak rumah ni. Tak silap aku rumah ni orangnya berniaga tapi aku tak tahu dekat mana.”

“Boleh ke daripada sisi undang-undang… masak dan beri makan orang awam dengan tempat kotor macam ni?”

“Kalau saya jadi pelanggan gerai tu pun akan terus loya apabila tengok keadaan tempat dia masak dan sediakan makanan macam ni,” luah Alice


Tambah Alice, sampah yang bertimbun di hadapan rumah terbabit terdiri daripada bekas plastik makanan yang sudah digunakan dan kesemuanya dipenuhi sisa makanan.

“Bekas tu semua mesti dah dicemari bakteria, tak dapat bayangkan kalau waktu malam macam mana, mesti banyak haiwan perosak, lipas dan tikus mesti ada.”

“Apabila pagi diorang akan pakai bekas-bekas tu juga untuk letak makanan kita. Jijiknya rasa apabila fikir.”

“Tak dapat nak bayangkan keadaan dia macam mana, nak muntah,” ujar Alice yang mual melihat keadaan rumah itu.

Memetik laporan mStar, Alice memberitahu pemilik rumah itu kini sudah mengambil tindakan drastik untuk membersihkan halaman rumahnya selepas ciapan Alice mendapat perhatian ramai.

“Sejak tweet saya viral sampai ke Facebook, ada orang direct message saya beritahu rumah ni dah kecoh dekat dalam group taman perumahan di sini.”

“Ada orang dah inform tuan badan dan hari ini apabila saya lalu nak check, dia dah kemas,” ujar Alice.

Lokasi rumah tersebut tidak didedahkan kerana Alice mengatakan perkara itu akan mengaibkan tuan rumah dan tujuan utama ciapannya adalah hanya untuk memberikan peringatan.

“Saya prihatin dengan nasib pelanggan gerai yang diusahakan mereka dan kejiranan setempat, tak sampai hati nak biar. Bayangkan bekas-bekas makanan yang kotor tu dia cuci dan digunakan semula berulang kali, kembang tekak.”

“Kawasan rumah dia yang kotor tu memang jadi lubuk lipas, tikus dan lalat. Tak dapat bayangkan macam mana tempat sediakan makanan boleh jadi jijik macam tu.”

“Nak tegur depan-depan takut boleh jadi gaduh. Saya tak nak kena tumbuk jadi saya tegur daripada jauh je,” kata Alice.



“Saya terima banyak reply menceritakan pengalaman mereka berjiran dengan peniaga. Rata-rata menceritakan pengalaman yang sama macam apa yang saya kongsikan.”

“Maksudnya orang-orang seperti ini bukan seorang tapi masih ramai yang tak sedar kebersihan ketika penyediaan makanan itu perlu dititikberatkan.”

“Lagi-lagi kita jaga perut orang lain. Kawan saya pernah beritahu saya, makanan yang halal itu bukan saja tiada khinzir atau tiada alkohol.”

“Tapi cara penyediaan juga mestilah bersih, bukankah begitu? Tunjukkan contoh yang baik agar kita dapat sama-sama menjadi masyarakat yang pembersih,” kata Alice mengakhiri bicara.

Perkongsian yang tular di Twitter: