“Ebit Lew datang menyibuk dah..” Komen Lelaki Ini Tentang Ustaz Ebit Lew Buat Netizen Bengang

Baru-baru ini Ustaz Ebit Lew telah meluangkan masa menziarahi seorang pakcik yang tular di media sosial.

Pakcik tersebut, Mohd. Sis Latif, 55, merupakan seorang petugas di Lebuhraya Pasir Gudang yang terpaksa dipt0ng tngannya akibat insiden semasa bekerja.

Namun begitu, satu komen dari pengguna Facebook menjadi perhatian netizen kerana mempersoalkan kehadiran Ustaz EBit Lew.

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh @suhaimyharun, beliau berkongsi tangkap layar komen lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Zul Hafiz.

Malah menerusi pemerhatian di laman Facebook miliknya, Zul mempertahankan kenyataannya dengan memuat naik status berikut.

“Hari² post tolong orang sana sini. Demi apa? Demi like, share, view. Bukan untuk jadikan teladan untuk orang lain turut sedekah.

“Malah menjatuhkan orang dan pihak lain serta menimbulkan kemarahan “netizen” terhadap pihak lain.

“Kenapa orang lain tak datang bantu orang tu orang ni. Kenapa mesti Ebit Lew? Mana orang lain? Tak nak tolong ke?

“Woi bar*a, ramai lagi yang suka sedekah suka tolong orang ni. Siapa mereka?? Korang tak kenal dan tak nampak apa mereka buat sebab mereka adalah orang yang sedekah dan tolong orang secara senyap dan ikhlas.

“Jilat lah ustaz publisiti tu sampai puas. Riak takabbur suka menunjuk-nunjuk macam kau lah paling perfect demi mendapat pujian.

“Baik dapat kejian kerana kebenaran daripada mendapat pujian kerana sifat munafik. Satu hari Allah akan tunjuk juga.

“Percaya lah. Hari ni orang puji kau, esok dan lusa kau tetap inginkan pujian. Dengan pujian itu lah kau rasa bahagia. Maka kau benar² orang yang riak dan munafik.”

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew ada memuatnaik fotonya menziarahi Mohd. Sis Latif yang sedang dirawat di HSI.

“Sayu sebak selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail JB ziarah pakcik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang. Tangan kanannya di potongg. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan.

“Pakcik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan hari. Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. InsyaAllah nanti Akhirat semuanya sempurna.

“Pakcik ni tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak.

“Kami berdoa bersama. Masa beri sedikit sumbangan. Abang ni menangis katanya kenapa banyak sangat ustaz. Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang,isteri dan anak-anak.

“Terima kasih YDH SAC Komandan Sulaiman. Terharu ACP Rubiah dan anggota Polis Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari.

“Terima kasih Pegawai Hospital dan semua kakitangan hospital yang bersama kami. Baik-baik orang Johor.”