Nak Ikut Trend Healing, Sekali Selipar Hilang Dibawa Arus Ombak Siap Kerusi Tenggelam Buat Ramai Terhibur

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menenangkan fikiran. Ada yang suka meluangkan masa dengan keluarga ataupun kawan-kawan untuk melupakan masalah dan ada juga yang lebih selesa bersendiri.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, pelbagai tempat menarik untuk ‘healing’ seperti mandi sungai, lihat pemandangan dari atas bukit ataupun bangunan tinggi dan yang paling famous adalah di pantai. Manakan tidak, bunyi deruan air ombak sememangnya sangat menenangkan fikiran.

Sudah menjadi trend di TikTok, ramai yang memuat naik video pergi healing dengan membawa kerusi lipat dengan latar lagu ‘tenang ribut jiwa’ yang sering kita dengar di platform tersebut.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang wanita yang healing di pantai nyata mengundang dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qtpisces di TikToknya, dia yang dilihat sedang menghayati suasana alam di pantai bertukar suasana selepas mendapati seliparnya hilang.


Apa yang lebih melucukan adalah niatnya untuk membuat satu video aesthetic seperti trend healing di media sosial terbatal apabila kerusinya seakan ditenggelami air.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat selipar wanita tersebut yang perlahan-lahan hilang dibawa arus ombak.

“Kalau aku dah menjerit kut sebab takut tenggelam, tinggi pulak tu ombaknya” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak dapat menahan ketawa apabila melihat reaksi wanita tersebut yang seakan ‘blur’ dengan apa yang berlaku.

Antara komen wargamaya:

“Dah terjerit jerit dah aku ni cakap selipar selipar”

“Tak tahu lah apa difikir sampai boleh letak selipar situ”


“Saya perlu tahu, jumpa balik ke tidak seliparnya tu”

“Dia punya cemas tu sampai dalam 5-7 hari bekerja”

“Macam loading lama sangat ni”

“Dengar cerita sampai sekarang masih tak bergerak dari situ”

“Selipar yang healing ni kak.. terus ke dasar laut..”


Video yang tular di laman TikTok:

@qtpisces #fyp #foryoupage #healing #entahsiapayangsalah #sabah #borneo ♬ Oh No – Kreepa