“Jarang berlaku ni” Gelagat Aunty India Melatah Tapi Still Cakap Bahasa Melayu Buat Ramai Terhibur

Melatah adalah satu perbuatan spontan yang tdak asing lagi di negara kita. Melatah ni ada banyak jenis, Ada yang melatah dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar dan ada juga yang menari-nari, bersilat dan sebagainya.
Iospital phone repair gombak
Di dalam dunia seni sendiri, kita mempunyai beberapa contoh atis yang melatah seperti Khai Bahar, Jep Sepahtu, Zara Zya, Khiriah, Ieda Moin dan Azhan Rani.

Mengusik orang melatah ini sememangnya menyeronokkan tapi bagi orang yang melatah, ia akan berasa penat kerana latah mrupakan perbuatan yang menggunakan tenaga yang banyak.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang aunty india ini ketika melatah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @iNerd_, kelihatan seorang individu sedang mengusik aunty berbangsa India di dalam sebuah rumah.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah dia melatah dengan setiap persoalan sambil memberikan pelbagai reaksi dan gaya.


Malah dia juga melatah di dalam bahasa Melayu dan bukannya Tamil sekaligus membuatkan ramai geli hati.

“First time tengok orang india melatah. Comel je auntie ni melatah HAHAHAHAHAHA”- ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa melihat telatah aunty tersebut malah kagum melihat dia masih bertutur dalam bahasa melayu walaupun melatah.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui jarang melihat perkara tersebut kerana selalunya orang akan melatah menggunakan bahasa mereka sendiri

Antara komen warga maya:


Perkongsian yang tular di laman Twitter: