8 Kereta Dipecah Masuk, Para Pendaki Kecewa Turun Mendaki Lihat Barang Habis Lesap

Aktiviti mendaki gunung merupakan salah satu hobi popular yang sering dilakukan ketika bersendirian, bersama rakan-rakan dan juga keluarga.

Iospital phone repair gombak

Dan seperti yang kita tahu, sebelum mendaki kebiasaannya kita akan meletakkan kenderaan kita terlebih dahulu di suatu tapak sebelum memulakan aktiviti mendaki.

Namun begitu, baru-baru ini heboh suatu kejadian yang menimpa para pendaki apabila kira-kira sembilan buah kenderaan mereka telah dipecah masuk.

Bukan itu sahaja, barang-barang berharga mereka turut dilarikan dalam kejadian tersebut yang berlaku di tempat letak kereta KorGa (Gunung Korbu dan Gayong), Perak pada hari semalam.

Dikatakan, kejadian itu hanya disedari apabila para pendaki sudah turun daripada pendakian mereka.

Menerusi video yang tular di laman Twitter, edengaran luahan para pendaki yang tidak berpuas hati apabila melihat kenderaan mereka yang ditinggalkan dalam keadaan yang amat teruk sedangkan pada asalnya elok dan terjaga sahaja kenderaan mereka.

Dalam pada itu, @EncheAhmadz telah menasihatkan para pendaki lain agar lebih berhati-hati sebelum melakukan pendakian di gunung tersebut dek kes kecurian yang melibatkan banyak kenderaan dipercayai sering berlaku di kawasan itu.

“Hati-hati kepada merekan yang nak hiking ke KORGA (Korbu & Gayong). Ada kes cermin kereta kena pecah & kecurian,” tulisnya di ruangan kapsyen ciapan Twitternya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat para pendaki agar dipermudahkan segala urusan.

Malah, ada juga individu yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penjenayah itu kerana penat-penat sahaja pendaki turun, terus nampak kereta sendiri dipecah masuk.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular: