“Mak Jenny kena tengok ni” Selamba Masak Pakai Heels, Kecantikan Fiza Sabjahan Jadi Bualan Ramai

Sebut sahaja nama Fiza Sabjahan ni pasti ramai yang terngiang gelagat lucunya ketika mengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) kan?

Kebelakangan ini dia semakin menjadi perhatian ramai setelah beberapa rakaman video dirinya tular di media sosial termasuklah videonya bergurau bersama Mak Jenny iaitu ibu kepada seorang penyanyi, Nubhan.
Iospital phone repair gombak
Manakan tidak, Fiza di ‘reject’ secara live untuk dijadikan menantu oleh Mak Jenny sekaligus membuatkan ramai pecah perut melihatnya!

Terbaru, tular di media sosial dimana Fiza Sabjahan dilihat santai memasak dalam sebuah rancangan WHI.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @whitv3malaysia_official, kelihatan Fiza Sabjahan sedang memasak kuey teow goreng sambil ditemani seorang lelaki yang merupakan tetamu jemputan.

Pun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah, apabila dia dengan selamba memakai heels ketika memasak dan kelihatan tidak kekok langsung.

‘Kalau min pakai heels macam tu duduk tegak je.. siapa berani masak pakai heels macam fiza?” ujarnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji kecantikan Fiza Sabjahan serta memberikan pujian dengan kebolehannya itu memasak memakai heels.

“Kalau i masak pakai heels macam tu, bukan setakat i yang tertonggeng dengan periuk belanga, dengan abang kat sebelah tu sekali tertonggeng”- Netizen

Bukan itu sahaja, ramai juga dikalangan warganet berseloroh mengatakan Mak Jenny perlu melihat video tersebut kerana pastinya dia menyesal ‘reject’ Fiza sebelum ini.

Antara komen warga maya:

“Fiza ni maintain macam dulu, tak makan dek usia..”

“Minat fiza ni dari dia start mengacara lagi..”


“Kalau cantik macm ni masak restoran penuh orang.. bukan setakat beratur 2 jam.. 10 jam pun sanggup”

“Hebat arr, kalau saya mahu terseliuh kaki, tertonggeng sekali kuali terbalik”

“Idola dunia pengacaraan.. aura fiza ni tiada tandingan..”

“Tengok fiza ni auto teringat masa mak jenny reject hadi menantu.. hahahaha”


Video yang tular di laman TikTok:

@whitv3malaysia_official kalau min pakai heels macam tu duduk tegak je 😂 #whitv3 #lawak #masak #fypシ ♬ Flowers – Miley Cyrus