Bapa Bersuara Teringin Kereta ‘Continental’, 5 Beradik Terus Belikan Mercedes C200 Buat Ramai Kagum

Sebagai anak, sudah tentu kita akan melakukan apa sahaja demi melihat kedua orang tua tersenyum gembira. Manakan tidak, kasih sayang mereka sememangnya tiada hijab dan pengorbanannya tidak terbalas.

Jadi, pastinya kita akan buat sebaik mungkin selagi masih terbaki sisa hidup mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana adik beradik ini membelikan ayahnya kereta mewah Mercedes-Benz C200 sempena ulang tahun bapanya ke-71 pada 23 Ogos baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Yusmaniza Zulkifli, 42 tahun berkata kereta tersebut dihadiahkannya bersama adik-beradik lain bagi memenuhi impian bapanya sejak dulu.


“Sebenarnya dua tahun lalu kami dah hadiahkan kereta Honda CRV kat ayah. Sudah tentu ayah gembira dapat kereta baharu, sebab sebelum ini guna kereta second hand (terpakai) je.

“Tapi ayah ada beritahu yang dia suka kereta Mercedes, bagi dia model ni hebat. Memang daripada dulu ayah suka Mercedes, biasalah sesiapa pasti ada keinginan,” katanya

Menurut Yusmaniza, dia bukanlah dibesarkan dalam keluarga yang senang dengan bapanya, Zulkifli Saadun yang mencari rezeki sebagai peniaga di pasar malam.

“Kami tahu macam mana ayah bersusah-payah cari duit untuk keluarga, besarkan kami adik-beradik. Ayah jual macam-macam air dan rojak.”

“Malah ayah juga pernah belikan kereta untuk kegunaan saya pergi bekerja sebelum ni, hasil titik peluh dia berniaga,” ujarnya yang berasal dari Taiping, Perak.

Tambah anak sulung daripada lima beradik itu, bapanya turut mengikuti perkembangan kereta.”

“Ada kawan-kawan ayah nak cari kereta terutama yang second hand. Ayah sanggup ke KL bawa mereka pergi cari tak kira model apa.”

“Kerana sayangkan kereta juga, ayah suka cuci kereta sendiri. Kalau boleh ayah nak dia sendiri bersihkan kereta,” katanya sambil menambah bapanya mempunyai 11 cucu.

“Kalau anak-anak ke sekolah atau ke kelas tuisyen, kadang-kadang ayah akan datang dan tengok dari jauh, memantau perkembangan pelajaran anak-anaknya.”

“Ayah juga sangat pemurah. Masa berniaga di pasar malam dulu, kalau ada yang datang ke gerai dan minta air tetapi tak ada duit, ayah akan sedekahkan,” katanya.

“Macam saya dulu pernah kerja bank, tak ada wang simpanan. Tapi walau apapun, saya akan cuba berusaha untuk tolong mak ayah dulu kerana mereka yang membesarkan kita.

“Sementara masih ada, kita bahagiakan ibu bapa dengan memenuhi impian mereka. Apabila ada rezeki dari mana-mana, kita bersyukur Alhamdulillah,” katanya.

Video yang tular di laman TikTok:

@yusmaniza8 Alhamdulillah last 2 year beli crv kat ayah. Tapi dia still bagitau kereta idaman ayah mercedes. Syukur ya Allah akhirnya direzekikan untuk ayah & mak kereta idaman. Allahu rezeki ayah & mak ♥️ #supriseuntukayah #mercedesuntukayah #nzwheels #trending #fyp ♬ Kesayanganku – Al Ghazali

@yusmaniza8 Tampa mu ayah, mak.. siapalah kami. Terima kasih atas segala lelahmu mendidik kami penuh kasih & sayang, menjadi supporter anak2 mu paling hebat ♥️ #supriseuntukayah #fyp #trending #nzwheels ♬ Ayah – Seventeen