“Jangan sedih, ini bahagian saya” Wanita Terpaksa Bersanding Ditemani Ayah Tanpa Pengantin Lelaki Undang Sebak Netizen

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya memasang niat untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan menjadi suami isteri yang sah.

Malah, segala persiapan yang rapi telah dirancang oleh kedua-dua pihak bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar. Daripada pelamin, busana yang cantik bahkan makanan yang sedap buat tetamu yang hadir.

Namun, tidak semua yang dirancang akan berjalan dengan baik. Terkadang kita tak boleh lari dari keadaan malah terpaksa akur dengan ketentuan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terpaksa bersanding dengan ditemani ayahnya mencuri perhatian ramai.

Apa yang lebih menyedihkan, dia juga kelihatan berseorangan semasa makan beradab sambil ditemani ibu dan ayahnya di sisi.

Difahamkan, sepatutnya pada hari tersebut dia melangsungkan pernikahannya pada belah pagi dan bersanding selepas sesi ijab dan kabul.

Pun begitu, siapa sangka, beberapa hari sebelum pengantin lelaki disahkan positif C19 dan perlu menjalankan kuarantin namun disebabkan segalanya sudah tersedia maka mereka tetap menjalankan majlis persandingan terlebih dahulu dan disusuli majlis pernikahan bila pengantin lelaki sudah pulih.

“Kami patutnya nikah pagi 27hb tu, Tapi rezeki Allah Taala duga kami dua keluarga. Pengantin lelaki start kuarantin 22hb. Result pcr 24hb. Kuarantin habis 28hb.”

“Persiapan 99%. Catering nak cancel pun dah last minute sangat. Kata muafakat, kami tetap kena teruskan. Niat sedekah nak bagi orang makan kenyang2. Maka I sanding tanpa belum nikah dan tanpa pengantin lelaki. A bittersweet day kan. But alhamdulillah semua berjalan lancar sebab Allah dah pilih kami untuk menghadapinya.”

“Terima kasih ayah teman orang berarak sampai ke meja makan beradab. Minta dihalalkan setiap titisan air mata ayah yang jatuh” katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi sebuah lagi video, dia kelihatan anggun duduk bersimpuh dan selamat bernikah bersama jejaka pilihannya dengan berwakil walikan ayahanda tercinta.

Video yang tular di laman TikTok:

@nrlndzri27/02/2022 Terima kasih ayah teman orang berarak sampai ke meja makan beradab. Minta dihalalkan setiap titisan air mata ayah yang jatuh 😥

♬ Pasti – Cherpen Band

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 131.2K tanda suka, 1151 komen dan 975 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasa sedih melihat pengantin perempuan tersebut yang terpaksa meneruskan majlis persandingan tanpa kehadiran pengantin lelaki.