Dada Bengkak & Muka Naik Bintik, Bayi Usia 3 Hari Disuap Makanan Buat Netizen Berang

Pemakanan bayi mengikut umur adalah penting kerana ianya bukan sahala melibatkan tumbesaran malah juga untuk kesihatan.

Bayi bawah 6 bulan hanya bergantung pada susu ibu kerana itulah makanan yang terbaik buatnya pada umur tersebut.

Susu ibu sangat bagus untuk bayi kerana ianya mempunyai hormon dan jumlah protein, gula, lemak dan vitamin yang secukupnya bagi membantu tumbesaran bayi bahkan susu ibu juga mempunyai kandungan antibodi yang mampu melindungi bayi anda dari penyakit.

Ini kerana antibodi adalah satu sel di dalam badan yang berupaya melawan pelbagai jenis jangkitan dan virus.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita merakam video anaknya yang jatuh sakit gara-gara disuap makan pada usia 3 hari mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dikenali sebagai @yustiiimdv, dia merakamkan video anaknya yang sedang menangis kerana tidak selesa perut.

Dapat juga kita lihat, naik bintik-bintik pada bahagian muka anaknya dan dadanya mula membengkak kerana disuap makanan seperti kuih 3 kali sehari pada usia 3 hari.

“Hati saya hancurr lihat anakk dada nya bengkak.. saya dah cuba larang mertua saya tapi saya di marahi”

Video yang tular di laman TikTok:

@yustiiimdvHati sya hancurr liat anakk dada nya bengkak krna bru 3 hri udh d suapin saya gk tau klau bayi 3hri blm blh d ksh mkn maafin bunda nak 😭😭♬ suara asli – Fefy🌼

@yustiiimdv Balas @ikkayunita ♬ suara asli – Yustii Ridayantii

@yustiiimdv Balas @agthdbr ♬ suara asli – Yustii Ridayantii

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 59K tanda suka, 3546 komen dan 673 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap sambil lewa penjaga dan ahli keluarganya yang sewenang-wenangnya menyuapkan makanan yang berbentuk pepejal kepada bayi berusia 3 hari.

Dalam masa yang sama para netizen juga risau melihat keadaaan bayi tersebut apatah lagi ketika dadanya mula merah dan membengkak.

Warganet juga berharap agar video ini menjadi pengajaran buat semua terutamanya para ibu kerana hal seperti ini bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main.

Berikut merupakan komen warga maya:

“BUKU PINK SELAMA 9 BULAN DIPAKAI UNTUK APA? BUAT KIPAS?”

“Selama hamil 9 bulan pergi mana sahaja? tak cari tahu tentang edukasi anak kah?”

“aku yang belum nikah pun faham”


“ada telephone cuma buat untuk tiktok ya.. baca2 di internet tentang bayi, jangan sampai nanti umur 1 bulan diberi nasi”

“cari tahu soal parenting, soal bayi juga.. buat TikTok boleh, urus bayi dah macam urus patung”