“Jangan potong” Anak Tak Bagi Ayah Masak Ketam, Siap Ajak Ketam ‘Join’ Tengok TikTok Pula Tu!

Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahu buat yang terbaik untuk anak yang kita sayangi. Manakan tidak, anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai dengan apa pun.

Setiap permintaan anak akan cuba kita usahakan dan ianya juga boleh jadi memori yang terindah apabila anak-anak meningkat dewasa.

Seboleh-bolehnya kita tak ingin melihat anak kita hampa dan kecewa namun bagaimana pula jika anak-anak minta perkara yang tak terjangkau dek akal?

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak ini meminta ayahnya untuk tidak memasak ketam nipah yang dibeli mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, ketam tersebut dibeli untuk dimasak namun anaknya menjadikan ketam tersebut sebagai kawannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syamilahalim, kelihatan budak tersebut meraung sekuat hati sambil tidak melepaskan besen yang berisi ‘rakannya’ itu.

Apa yang lebih menghiburkan adalah si kecil itu membawa makanan laut itu menonton TV bersama-sama dengannya seolah-olah menjadikan ketam tersebut rakannya.

Kesian melihat anaknya yang menangis, akhirnya seekor daripada makanan laut tersebut disimpan manakala yang lain selamat dijadikan lauk.

Tidak cukup dengan itu, pada slide seterusnya dia juga kelihatan sedang mengajak ketam untuk melihat video TikTok bersama-sama.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@syamilahalim Budak kalau pencinta haiwan.. syg nyaaa sampai tak bg masak🤣#fypシ #masukberanda #myfoodie #fypシ゚viral #tiktokmalaysia ♬ original sound – Syamila Halim

@syamilahalim Reply to @zrytecadezio tido dgn ketam ❌ mandi dgn ketam ✅. jgn risau kolam asing.#fypシ #tiktokmalaysia #fypシ゚viral #masukberanda ♬ original sound – Syamila Halim

@syamilahalim Reply to @preetyugly__ perempuan kalau dah SAYANG 🤗🤗🤗..#masukberanda #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #fypシ ♬ original sound – Syamila Halim

@syamilahalim Reply to @nurul.aqilahh macam mana nak masak gini😂#fypシ #tiktokmalaysia #fypシ゚viral #masukberanda ♬ original sound – Syamila Halim

@syamilahalim Reply to @mizs_sri_yana dan bye encik KETAM AKHIRNYA BOLEH MASAK😂🤣😂#fypシ #masukberanda #fypシ゚viral #tiktokmalaysia ♬ original sound – Syamila Halim

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 955.6K tontonan, 55.8K tanda suka, 1370 komen dan 2373 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tehibur melihat gelagat anaknya yang menjadikan ketam sebagai rakannya sehinggakan tidak membenarkan penjaganya untuk masak makanan laut itu.

Berikut merupakan komen warga maya: