Ayah Gelabah Anak ‘Lesap’ Ketika Tidur, Rupa-Rupanya Anak Telah ‘Dipergunakan’

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Seperi yang kita tahu, anak-anak lebih banyak menghabiskan masa dengan ibu mereka. Namun sebagai pasangan suami isteri yang bertanggungjawab, ada masanya kita bergilir-gilir untuk menjaga anak.

Namun pun begitu, menjadi lumrah bila ayah yang menjaga anaknya, ada sahaja perkara-perkara aneh yang tak terjangkau dek akal berlaku. Terkadang boleh membuatkan isteri membebel melihatnya!

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah tidak tentu arah apabila menyedari anaknya telah hilang ketika tidur mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, anak yang elok-elok tidur di sebelah tiba-tiba lesap dari pandangan mata. Pemuda yang bernama
Mohd Nur Aiman ini bagaimana pun bertindak untuk mencari anaknya yang hilang itu sehingga menjengah ke bawah katil kerana takut anaknya itu terjatuh.

Tapi rupa-rupanya lelaki tersebut tak perasan bahawa si kecil tersebut telah ‘dipergunakan’ olehnya dan diakelihatan mengusap dadanya berulang kali kerana telah menjumpai anaknya itu

Video yang tular di laman TikTok:

@mohdnuraiman331Anak hilang.nasib baik jumpa

♬ original sound – hotfm976

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 745.1K tontonan, 38.6 tanda suka, 273 komen dan 1351 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat pemuda itu yang ‘mati kutu’ melihat anaknya hilang daripada pandangan.

“Bertuah punya ayah.. ni kalau mama budak tu nampak, mau 7 hari 7 malam dok membebel”- Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang terdiri daripada kaum hawa berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dimana berlaku perkara yang pelik jika ‘turn’ ayah yang menjaga anak.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“Bapaknye pun ingat tu bantal urut ke”

“nasib anak kecik lagi.. kalau nesar dah lama dia ketuk kepala bapaknyeee”

“nasib mak tak nampak.. kalau tak.. habis lah..”